Sunday, September 24, 2017

Berpeluang Untuk Menjawab Peperiksaan Online LHDN 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Alhamdullillah Cik Timm diberi kesempatan untuk menjawab peperiksaan dari SPA. Cik Timm mula-mula dapat tahu dari pesanan ringkas SMS, selepas (2) hari baru mereka hantar jemputan melalui email. 


Peperiksaan ini terbahagi kepada (3) seksyen. 

Seksyen A : PENGETAHUAN AM
Seksyen B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (matematik)
Seksyen C : KEFAHAMAN BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS


Setiap kali selesai menjawab satu seksyen, ada break sekejap. Cik Timm buat exam di meja makan dapur. Seronok sikit sebab luas. Mulut pula mengunyah keropok la, minum air teh la. Memang semak meja makan tu dibuatnya, HAHAHA! 


Itulah format kalau menjawab, soalan objektif di sebelah kiri. Bulat-bulat tu nombor soalan di sebelah kiri. Warna putih menunjukkan kita belum buka lagi soalan tu, warna hijau kita dah menjawab soalan, warna kuning kena jawab semula soalan, warna oren jawapan belum disimpan (server pening) & warna merah soalan yang kita tengah jawab. 

Boleh tahan soalannya tau, matematik laju je jwab. Seksyen lain lambat sebab geram dengan server. Dah jawab soalan pun warna jadi kuning dengan oren, tak hijau-hijau pun. Eh, sakit pulak hati ni. Memang berserah & redha je menjawab..


Ramai kan yang dapat panggilan exam ni? Rata-rata semua kawan Cik Timm pakat dok update stress dengan peperiksaan ni. Hahaha, including me! 

Kita hanya berusaha, dan tawakal. Lain-lain semua Allah yang tentukan rezeki kita masing-masing. Btw, setelah 2 bulan Cik Timm bercuti honeymoon. Cik Timm dah mula bekerja di tempat baru. Baru je seminggu. Walaupun kerja & gaji langsung tak setimpal dengan Cik Timm yang ada degree, Cik Timm redah je. Asalkan ada juga income, lagipun kerja di tempat yang 15 minit je dari rumah. Kerja office hour, cuti Sabtu & Ahad 

Good Luck kepada semua kawan-kawan di luar sana ye.

6 comments:

  1. kawan aira pun ramai jugak jawab exam ni. all the best ye! :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat jawab exam online. Semoga berjaya peringkat seterusnya dan ada rezeki nanti.Aaminn

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya dan ada rezeki Cik Timm.

    ReplyDelete
  4. moga ada rezeki ye cik tim :)
    bagus. bonus byk! hi hi hi...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com