Thursday, August 10, 2017

DAY 2: Pengalaman Berenang Bersama Penyu & Jerung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seterusnya, hari kedua adalah hari untuk snorkeling sepuas-puasnya. Untuk aktiviti ini, termasuk dalam pakej yang dibayar. Pagi tu selepas sarapan dalam pukul 8am kami jalan-jalan ambil angin di sekitar kampung sementara nak tunggu aktiviti snorkeling pukul 10.30am. 
Kami nak pinjam GoPro dari pihak chalet. Tapi rosak pula, so Cik Timm beli waterproof punya pouch untuk ambil gambar time snorkeling. Cik Timm tak pernah guna phone Asus ni dalam air, memang tak tau kualiti gambar nanti macamana? Kita redah je 😀

Sesi pagi kita akan snorkeling di beberapa check point utama iaitu Turtle Beach, Turtle Bay dan Shark Point. Bot kami pagi tu diuruskan oleh Perhentian Badar 1. Ada pak cik pemandu bot dengan sorang adik instructor yang akan ikut kami. Paling bagus sebab 1st stop tepi pantai air cetek, adik tu tunjuk cara yang betul untuk menggunakan peralatan snorkeling. 

Dalam bot kami dua je gegadis, memang diberi perhatian lebih sikit. Hahaha! Muka happy sebab kulit putih je belum tanned. Baju kuning hujung tu instructor hah. Awal-awal lagi ditanya hakak-hakak berdua ni pandai berenang tak? Cik Timm memang tak reti berenang. Tapi, waktu snorkeling Cik Timm sampai ke hujung dunia. Tapi tak perlu risau sebab tempat snorkeling ada dilengkapi dengan tali dan pelampung. So, snorkeling dalam kawasan yang disediakan saja. Instructor pun ada teman tak perlu risau. 
Sebenarnya Cik Timm ambil banyak video daripada gambar sebab bila phone masuk dalam air, memang tak dapat tekan skrin. Ada beberapa video yang Cik Timm upload masuk dalam instagram. Video yang tak sengaja pun ada sebab tak tutup camera. Ihiks..
Ikan dekat sini friendly sangat, phone Cik Timm kena hurung dengan ikan sebab dia geram dok main tali. Ingat makanan agaknya, hahaha! Batu karang sini pun cantik, besar pulak tu sampai boleh berdiri. Cuma kena hati-hati takut landak laut bersembunyi dekat situ. 
Waktu kami sampai di checkpoint Turtle Point memang jumpa penyu! Tapi tak sempat nak ambil gambar. Laju betul dia berenang, nampak je slow berjalan di darat. Gambar penyu yang Cik Timm dapat ni dari kawan yang kenal dekat sana. Jadi, ramah sikit dengan geng-geng yang ada GoPro okeh, boleh cilok gambar cantik kat diorang. Hehehe.

Pertama kali tengok ikan jerung depan mata di Shark Point! Nasib baik adik instructor tu bagitau. Memang tergamam, nasib baik shark kecil je. Kalau besar memang gelabah dah. Ikan baracuda pun Cik Timm dapat jumpa, berenang di permukaan pulak tu. Dalam pukul 1pm macam tu, kami balik semula ke Kampung Nelayan untuk lunch. Disebabkan kami memang stay di situ senang untuk kami balik solat Zohor dan tidur sekejap sementara menunggu pukul 3pm untuk sambung snorkeling. 
Petangnya kami tak dapat snorkeling di Romantic Beach dengan Lighthouse Point sebab laut bergelora. Memang dah tak best nak snorkeling petang tu. Tapi kami turun di tempat lain untuk main-main dengan ikan. Pertama kali tengok ada ikan kecik-kecik berenang melompat dari laut. Fuh, kalaulah dapat rakam.
Selepas tu, kami singgah di Lata Air Berani, waktu kami ke sana ada banyak bot dan kapal nelayan berlabuh disebabkan kawasan ini ada sumber air bersih. Jadi, diorang singgah di sini untuk bekalan air bersih, dan mandi. Pertama kali tengok nelayan beramai-ramai solat Asar berjemaah atas kapal. Diorang cerita, kadang-kadang nelayan ni ada yang belayar dari negara luar macam Myanmar. 
Air dia sejuk gila, rasa segar bila mandi kat sini. Gerai menjual pun ada kat sini kalau lapar atau dahaga. Kami sampai sini memang mandi laut lagi sampai puas. 

Menjelang petang pukul 6pm kami bertolak balik. Seronok dan puas tak terkata. Segala tension, masalah semua hilang tak tau ke mana. Dibawa air laut barangkali, haha!
Selalu balik dari laut perut sentiasa lapar. Kami sempat beli air dan spring potato sambil menikmati angin petang tepi laut. Duduk sini tipu kalau perut lapar, banyak gerai-gerai tepi jalan ada menjual macam-macam benda untuk dikunyah. 
Selepas kami dinner bbq, rugi kalau lepak bilik je. Kami pusing-pusing kampung sambil dok main kucing kat pulau ni. Manja sungguh, asyik mengekor je kami ke sana sini. Malam tu Kak Sue yang tidur awal dari Cik Timm. Walaupun badan letih, lambat juga Cik Timm baru dapat lelapkan mata. Tapi sambil tidur masih rasa badan terolang-aling macam atas bot 😝
Puasnya Bercuti di Pulau Perhentian
DAY 1: Wind Mills, Kincir Angin
Sealife Inn Pakej Penginapan Lengkap di Pulau Perhentian
DAY 3: Melawat Masjid Putih di Pulau Perhentian

3 comments:

  1. best nyer snorkling... xpenah cuba lg... insya allah ada rezeki nk try jg... jupe nemo x cik timm? ;-)

    ReplyDelete
  2. sorry nak tanya, awak g sana pakai package ke?

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com