Saturday, September 30, 2017

Officially 26 yo!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Selamat Hari Lahir untuk tuan blog ni!


Terima kasih untuk semua wish anda! I'Allah diharap tahun-tahun akan mendatang membawa rezeki yang melimpah-ruah, dapat kerja yang lebih baik, berjumpa dengan 'my other half' dan sentiasa happy bersama keluarga tercinta!

Cerita untuk tahun ini?

Birthday kali ini memang tak sambut pun. Masing-masing busy dengan masalah keluarga yang tiba-tiba timbul. Hahaha! Masalah kecil je pun. 

Tapi Cik Timm dah mula bekerja. Kerja biasa je di area Kulim. Senang, 15 minit dari rumah pun dah sampai. Kerja pun office hour, lega. Tiap-tiap weekend cuti, cuma dalam sebulan ada juga hari Sabtu kena kerja. Masa dengan keluarga pun lebih banyak. Alhamdulillah, tak tau kenapa nak duduk dekat & rapat je dengan keluarga. Dah tak mau jadi macam dulu, suka duduk jauh-jauh.
Sementara mak ada, inilah masa untuk membalas semua penat lelah mak selama membesarkan Cik Timm selama 26 tahun ni. 


26 tahun?

YES!
Cik Timm dah officially 26 tahun. Sorok umur? Tidak sama sekali, sebab umur langsung tak terpancar di muka sebab nampak muda. Hahaha! Satu famili memang macam ni. Muda dari usia sebenar, genetik agaknya. Masuk tempat kerja baru semua tak percaya dengan umur sendiri. Agaknya sebab fizikal Cik Timm yang kecik ketot ni hah!

Btw, kita doakan yang baik-baik sahaja. Semoga Cik Timm lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang akan mendatang. Cik Timm juga mendoakan kawan-kawan semua sentiasa sihat sejahtera dan panjang umur & murah rezeki!

2 comments:

  1. Orang kulim juga ye...sama lokman blogger duk kulim gak

    ReplyDelete
  2. Happy 26th Birthday, Cik Timm!
    Moga segala impian bakal tercapai. Mudah-mudahan dikurniakan kesihatan sempurna, keceriaan dan kebahagian berpanjangan.
    Have a great year!

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com