Monday, August 20, 2018

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM6 JUTA Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di
peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan
pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya
anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran
semudah di hujung jari sahaja.



Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan
tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan
memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah
setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan
penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia,
termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah
perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang
turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua
tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan
penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1
tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.



“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah
berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang
daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran
bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan
lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.



Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga
secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada
sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian
yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi
pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat
lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan
rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia
Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah
Lotz.



Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri
perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk
mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur
teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem
penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan
kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan
promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian
dengan keperluan mereka,” kata Frassa.



Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu
mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan
yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin,
dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke
Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda
menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan
Filipina”.
Untuk maklumat lanjut boleh ke link di bawah ni tau;

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchip

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

4 comments:

  1. hntr laa sejambak bunga kt sy timm ;-)

    ReplyDelete
  2. bestnya bila ada orang buat surprise hantar bunga kat kita kan..hehhee

    ReplyDelete
  3. sengih sampai tinge weh kalo ada yang hantar kat kita munge cemni =D

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com