Sunday, February 18, 2018

Tahu Tak Tapak Kaki Kita Berbeza?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, buat apa hari cuti terakhir ni. Cik Timm banyak juga keluar ke sini ke sana. Sebab asyik terperuk dalm rumah pun tak best. Kelmarin selepas hiking, Cik Timm singgah di SportsDirect.com di Tesco Seberang Jaya. Saja mencuci mata sebab banyak barangan yang SALE. Dah la semua barang berjenama macam Karrimor, Nike, Adidas dan sebagainya. Memang ramai juga yang serbu.


kasu sukan karrimor

Sambil belek-belek kasut sukan, ada satu mesin yang boleh tentukan saiz kaki kita dan juga jenis tapak kaki kita.

Jenis-jenis Tapak Kaki

Ya, Cik Timm baru tahu yang tapak kaki kita ada 3 jenis;

jenis tapak kaki

1. Normal arch ( Kaki lekuk sederhana )
2. Low arch ( Kaki rata tanpa lekuk )
3. High arch ( Kaki lekuk dalam )

sportsdirect.com


Lepas guna mesin tu baru tau Cik Timm merupakan normal arch. Maksudnya semua kasut boleh pakai dan senang untuk memilih kasut terutama kasut sukan.

Untuk kasut sukan, kita kena lebih berhati-hati memilih sebab kalau tersilap memang akan sakit kaki tu. Sebab tu kalau kita masuk kedai sukan ada kasut untuk running, hiking, dan sebagainya. Setiap kasut direka untuk aktiviti yang spesifik. Sebab tu mahal kan?

Cara Untuk Mengetahui Jenis Tapak Kaki Anda

Ha, mesti nak check kaki korang jenis apa kan? Tak payah susah-susah nak ke SportsDirect semata-mata nak tahu jenis tapak kaki tu.

Meh Cik Timm tunjuk caranya;

tapak kaki
Sumber: sajakongsi.com

Hampa carilah surat khabar, kertas kajang ke atau tisu. Basahkan tapak kaki, tekapkan je atas kertas. Agak-agak dah basah kertas tu, angkat kaki. Bolehlah check pattern atau corak yang terhasil tu. 

kasut sukan karrimor

Selamat bershopping kasut guys. Semua kasut-kasut berjenama yang SALE. Memang rambang mata, nasib baik nafsu membeli ni boleh ditahan. 

sportsdirect.com

Memang banyak sangat pilihan barangan sukan dekat sini. Bolehlah kalau hampa semua nak shopping barangan sukan, boleh ke sini. Seronok sebab banyak pilihan.

p.s. tiba-tiba minat baju dalam kedai baju sukan pulak.

9 comments:

  1. wahhh.. baru tahu kaki kita ni berlainan jenis..

    ReplyDelete
  2. Wah ilmu baru ni. Thanks Cik Timm atas perkongsian ni...

    ReplyDelete
  3. oh ade 3 yee..tak tahu pulak.
    tapi kadang2 sy rasa size kaki kiri and kanan mcm tak sama. mesti akan rasa ketat salah satu ...huhu

    ReplyDelete
  4. lg sng la nnt kan
    hi tim lama x ke sini..hihi

    ReplyDelete
  5. tau the fact yang sebelah akan panjang sket from the other one. tak tahu pasal bentuk2. hehe..

    ReplyDelete
  6. oiye?
    jap lagi nak cek lah dgn anak-anak.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com