Saturday, February 17, 2018

Butterworth Art Walk Antara Tempat Menarik Harus dikunjungi di Bagan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai Semua!

Cik Timm boleh dikatakan selalu lalu di Bagan sebab suka ambil angin pantai di R&R Bagan Ajam tu. Secara kebetulan, malam Jumaat tu Cik Timm nak beli tiket di Stesyen Bas Butterworth.


Tiba-tiba FB Cik Timm keluar memori tahun lepas. Ada Abang Cik share pasal Butterworth Art Walk, tempat ala-ala Street Art Pulau Pinang tu. Selesai urusan membeli tiket, kami terus ke sana sebab dekat je dengan padang Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi. Tempat ni sebelah Lodge 18 Hotel je. Disebabkan dah malam, langsung tak ada orang dekat sini selain kami. Boleh bergambar puas-puas, tak payah malu-malu.


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


 Tahun lepas diorang gantung macam tudung saji tu, malam ni lampu ala-ala tanglung sempena Chinese New Year kot? 


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Replika sampan memang banyak, dekat atas kepala pun ada!


Butterworth Art Walk


 Cantik mural kontena, dekat Bagan kan ada Terminal Kontena tu.


Butterworth Art Walk


Ni mesti cerita tentang Pasar Bisik, tak sempat pula nak baca mural ni tentang apa. 


Butterworth Art Walk


 Gambar ferry zaman dulu-dulu. 


Butterworth Art Walk


Lepas syok ambik gambar ni, tiba-tiba ada abam polis bermotor ronda-ronda sini. Maksudnya anda selamat walaupun pusing-pusing waktu malam dekat sini. 


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk

Setiap mural di sini ada penceritaan sejarah di mana bandar ini bermula. 

Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk

Butterworth Art Walk


Projek ini dimulakan oleh Zaini Zairul, seorang arkitek bersama Think City. Ada mural gambar gajah yang menunjukkan pada zaman dahulu, terdapat banyak gajah di hutan di Seberang Prai  Disebabkan itu, ada tempat yang bernama Kampung Gajah, sebab gajah pernah dibela di kawasan tersebut.


Lagi satu, berkenaan gula prai. Ha, gula yang selalu kita beli tu.. Klau nak tau Butterworth mempunyai tempat kilang gula terbesar di Malaysia iaitu MSM Prai Berhad. Nama pun gula Prai betul tak?




Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk

Di sini Cik Timm sertakan maps dan media sosial diorang kalau anda nak singgah di sini;

FB: artmarketbutterworth
butterworth artwalk
IG: butterworthartwalk



Rasa lapar, kedai belakang tu ada gerai untuk makan. Nak makan KFC pun dekat seberang jalan jer.

Kalau anda free waktu hujung minggu, boleh ke sini sebab ada pelbagai aktiviti seni yang dijalankan.

Sabtu/Saturday & Ahad/Sunday 4pm - 10pm

Apa cerita cuti anda sempena CNY ni?

p.s. Happy Chinese New Year untuk semua kawan-kawan yang menyambutnya. 

6 comments:

  1. wah bestnya
    ada rezeki nak singgah lah :)

    ReplyDelete
  2. Wah, cantik mural dorang buat tu. Entah bila dapat pergi sana...

    ReplyDelete
  3. i seriously need to go here

    ReplyDelete
  4. apesal tak pernah tau pun pasal tempat ni nih.. hahaha

    ReplyDelete
  5. kita orang Penang ni tak sampai lagi ni maaaacam
    mana..!! huwaaaa hahaha..

    ReplyDelete
  6. menarik ni ciktimm.
    penang memang aida tgh cari slot bila nak gi.
    last time gi, tak puas :(
    byk lagi tempat nak kena explore.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com