Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hai semua!
Hujung minggu Sabtu semalam Cik Timm ke Padang Besar dengan Abang Cik. Dari minggu lepas Abang Cik dah plan nak ke sana. Alang-alang weekend memang cuti pun, nak buat apa lagi. Lagipun memang nak cari barang sikit.
Kami ke sana dengan menaiki komuter dari KTM Bukit Mertajam ke KTM Padang Besar dengan harga tiket RM10.70 seorang. Murah je kan, kami naik dari pukul 10.30am dan sampai di sana dalam 12.15pm. Sekejap je sebab komuter tak lewat, memang ikut time.
Kami ke sana memang blur, main ikut je orang jalan. Sebab rasa confident semua yang reramai ni nak ke destinasi yang sama. Nasib baik betul. Kami lalu di laluan jejantas yang merentasi lori-lori yang mengangkut muatan barang di sempadan Malaysia-Thailand. 1km je jarak dari kami dengan negara Thailand. Dekat sesangat dah tu, yang lawaknya semua motosikal dekat sini plat no. Thailand, raga motor pulak semua dekat depan. Alahai, dah macam masuk Thailand dah. Dekat sini pun dah ada taxi motosikal dok menunggu.
Sekejap je jalan kaki, dah sampai ke tempat shopping Padang Besar. Memang banyak kedai yang menjual. Ada yang dekat shop lot, ada yang bawah khemah, ada yang dekat Arked Niaga. Paling terbaru yang dibuka adalah Padang Waremart.
The best thing kalau ke sini pusing semua kedai, koreklah semua barang-barang yang ada. Lepas tu, dah berkenan sesuatu barang cari di semua kedai untuk dapatkan best price. Sebab banyak perbezaan harga kalau hampa pandai tawar-menawar.
Suasana dalam Arked Niaga
Arked Niaga adalah bangunan 2 tingkat di tengah-tengah kawasan ni. Semua kedai dalam ni full dengan bermacam-macam kedai baju. Macam-macam ada, seronok tengok. Kebanyakan barang dekat sini ada yang rare tak pernah dijual di pasar malam atau kedai-kedai di Kulim ni.
Membeli Barang Makanan
Untuk barang-barang makan kami beli di kawasan berbumbung yang bersambung dengan gerai kedai makan di depan. Banyak pilihan juga, kebanyakannya jual 3 bungkus barang RM10. Ada banyak kerepek sedap, kami kenyang makan sample jer. Asyik disua suruh rasa je dengan penjual sini.
Mengisi Perut dengan Tomyam Sedap
Kami lunch memang lambat, pukul 5 kot. Memang dah jadi makan petang. Cik Timm memang recommend makan tomyam dekat Kedai Fauziah, Gerai No. 7. Memang sedap kot. Boleh lawan tomyam sedap dekat Alma tu. Punya la pekat tomyam dia. Kalau nak makan benda bergoreng pun ada. Kami order nasi putih, tomyam campur, telur dadar dengan somtam. Somtam dia pun sedap betul, memang air tangan orang Thailand. Kedai makan ini pun sediakan air basuh tangan dan air masak di setiap meja. Kita pun selesa macam makan dekat rumah sendiri. Tempat pun bersih je.
Tempat Shopping Terbaru, Padang Waremart
Dekat sini lebih selesa sebab tempat dia besar, ada kipas. Laluan pun luas, jadi tak terlalu crowded dengan orang. Kedai masih belum banyak lagi dibuka. Masih ada banyak yang kosong. Tahu ada tempat ni pun sebab tengok dari
entry blog Zumal. Kalau tak memang tak tahu ada Padang Waremart ni.
Beg dekat sini dapat harga paling murah dari kedai-kedai lain. Tujuan ke sini nak mencari waterproof bag. Tawar menawar dapat harga RM40. Hewhew, boleh guna beg ni untuk hiking ke, fun run ke, bercuti ke pantai ke sebab kalis air.
Kedai ni ramai gila jejaka menyinggah, sebab semua baju dia cantik-cantik. Sweater, tshirt, seluar dia semuanya lawa-lawa. Abang Cik pun berhabis shopping dekat kedai ni.
Kedai atas ni Cik Timm beli maggi Serda yang selalu Cik Timm suka makan kerabu maggi tu. Beli dekat sini lagi untung sebab 12 bungkus harga RM10. Kedai lain semua jual 5 bungkus RM5. Lagi jimat sebab extra 2 bungkus.
Ada Kedai Menjual Koleksi Hello Kitty
Pelbagai Kedai di Sekeliling Sini
Mesin ATM yang Terdekat
Rugi betul tempat ni tak ada mesin ATM. Disebabkan kami tak cukup duit & over the budget kami mencari mesin ATM yang terdekat. Memang dekat je, itu pun tanya dengan penjual di sini. Mesin terdekat adalah di 7Eleven berdepan dengan balai polis. Cuma kena jalan sikit je. So, sila bawa duit lebih kalau tak melopong geram tengok barang dia. Cik Timm yang susah nak membeli ni pun rambang mata.
Kami pusing-pusing semua kedai sampai puas hati. Lepas tu korek duit dekat mesin ATM. Mengisi perut dulu baru kami shopping barang di kedai yang kami dah aim murah. Pukul 6pm baru kami beransur balik. Tiket pukul 6.25pm ke KTM Bukit Mertajam. Waktu balik tak seramai macam kami ke sini pagi tadi. Agaknya semua dah balik kot, ataupun masih lagi dok shopping sakan!
Adakah ini pertama kali Cik Timm ke sini? Cik Timm dah pernah ke sini tapi waktu mengikuti rombongan sekolah KAFA waktu di sekolah rendah. Memang langsung tak pernah ingat dulu-dulu punya suasana macamana. Dulu kecik-kecik bukannya tau pun nak shopping tempat macam ni.
Memang menguntungkan naik komuter, masa lebih jimat. Harga tiket pun bukannya mahal.
p.s. rasa nak pi lagi hujung tahun ni, hehehe
Eh ada kedai juai barang Hello Kitty yer, tak perasan hari tu. Hmm memang susah cari ATM kat Padang Besar tu dulu ada Maybank tapi dah tutup...
ReplyDeletepadang besar memang best hehe tapi padang waremart tak sempat pi lagiii
ReplyDeletebestnyee....lama sgguh xpegi sana..g masa budak2 dulu..eheheh...skrg udah jd mak org
ReplyDeleteSampai sekarang belum berpeluang naik komuter. Lain kali ada peluang nak gi situ gak la. Macam best, nampak banyak sweater.. hahaha!
ReplyDeletewent there a few times and suka beli kerepek hehe
ReplyDeletemenarik juga ni...kalau pi minggu ni mau penuh orang kan....
ReplyDeletedah lama tak pi padang besar...nanti boleh singgah gerai tomyam no 7 tu...
ReplyDeleteok la dekat, ciktim. best.
ReplyDeleteaida ntah bila nak ke pdg besaq ni.
teringin.
plan asal nak bwk anak2 naik train ke sana.
tapi tu la. dikira-kira, kalau driving lebih jimat kos.
cuma lama ler nak sampai.
will go one day.
ke hatyai dulu awal bulan depan :)
salam kenal dear, syaza follow :)
ReplyDeletePergi padang besar memang best, tapi bab orang tu memang ramai sesangatlah...haha
ReplyDeleteprnah pergi sekali. tp tak ingat dah lama dulu.
ReplyDeleteSeronoknyaaa.. mesti rambang mata nak beli semua. Insha'Allah, saya sekeluarga akan pergi ke Pdg Besar bulan 10/2019 nanti. Tak sabar nak rasa travel naik train, nak shopping & makan-makan hihihi
ReplyDelete