Saturday, February 03, 2018

Sabun SuzyHoney Herbs daripada Bahan Asli & Semulajadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Orang dahulu kala gemar menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk digunakan dalam masakan, ubat-ubatan dan juga untuk kesihatan dan kecantikan. Contoh bahan-bahan semulajadi yang Cik Timm dengar mak selalu cerita, santan kelapa, halia, daun sireh, bunga-bungaan, kunyit dan sebagainya. 
Sebab tu orang tua dulu-dulu kuat. Tak macam sekarang, baru menginjak umur 30-series, macam-macam penyakit singgah. Mak Cik Timm pun boleh dikategorikan sebagai "orang lama" yang masih kuat meskipun sudah menginjak ke usia 70 tahun. Bayangkan, Cik Timm dilahirkan semasa mak dah masuk umur 43 tahun. Haaaa..percaya tak?
Dua Bahan Semulajadi Sesuai Untuk Wanita

Di sini Cik Timm nak berkongsi dengan anda semua dua bahan semulajadi yang baik untuk kita terutamanya kepada golongan wanita! 
Kunyit

Rasanya semua orang kenal dengan kunyit. Kalau pegang serbuk kunyit dengan tangan untuk buat ikan goreng, memang jari tu kuning je sampai tengahari. Mak kata, bagus kalau mak mertua tengok. Baru kata anak dara tu rajin masuk dapur. Eh!
Kunyit terkenal sebagai bahan tradisional yang wajib digunakan dalam masakan dan juga untuk kecantikan kulit dan wajah tau. Ia dikatakan dapat membantu mengecutkan jerawat, mengatasi kulit berminyak, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus, mengatasi pigmentasi, menghaluskan tumit dan siku, membuang sel-sel kulit mati dan juga melambatkan pertumbuhan bulu roma. 
Sumber: hariansehat.com

Banyak kelebihan kunyit yang kita selalu jumpa di dapur ni. Bukan semata-mata sebagai serbuk goreng ikan je, hehe. Biasalah orang muda macam Cik Timm memang kurang tahu mengenai petua-petua tradisional orang dulu-dulu. Kena lebih banyak membaca untuk menambah pengetahuan.
Bunga-bungaan

Ehem, dah menginjak diusia begini, ada ja usikan kasar sebab belum berkahwin atau belum berjumpa jodoh, selalu orang akan kata, 'Kena mandi bunga ni!'. Ini adalah disebabkan mandi bunga dipercayai dapat memberi aura positif dan menaikkan seri wajah. Maksudnya senang jumpa jodoh la ye..

Jom Cik Timm kongsi cara-cara untuk mandi bunga;
Bahan-bahan yang diperlukan:
7 atau 9 jenis bunga tidak berduri
Bunga pelbagai warna (bunga jasmin & bunga cempaka wajib ada)
Satu botol air mawar
2 biji limau purut
Kaedah Penyediaan:
Jumlah jenis bunga mestilah angka ganjil, sama ada 7 atau 9. Asingkan bunga daripada daun dan dahan. Rendamkan bunga di dalam baldi atau besen yang diisi air. Tuang air mawar dan kacau. Belah limau purut dan hiris nipis-nipis. Rendam bersama campuran tadi semalaman. 

Cara Mandi:
Mandi bunga pada waktu pagi untuk kesegaran tubuh dan aura tenaga. Mandi dulu seperti biasa sebelum mandi bunga. Tidak perlu mandi lagi untuk membilas ritual mandi bunga. Mulakan dengan menyiram bahagian tubuh disebelah kanan sebanyak 3 kali diikuti dengan sebelah kiri. Seterusnya di bahagian kepala. Biarkan seketika sebelum anda berbungkus dengan tuala.

Sumber: pesonapengantin.com

Sabun Bahan Semulajadi dari SuzyHoney Herbs

SuzyHoney Herbs, Sabun kunyit, Sabun aura

Disebabkan kekangan masa dan peritnya untuk kita mencari bahan-bahan semulajadi di tengah-tengah bandar. SuzyHoney Herbs telah mengeluarkan produk yang memudahkan kita. Terdapat banyak produk yang dihasilkan seperti face mist, feminine wash, shampo dan perapi, dan sabun. Antara sabun daripada bahan asli dan semulajadi yang dihasilkan seperti Sabun Gelenggang, Sabun Neem, Sabun Kopi Scrub, Sabun Sireh, Sabun Mewangi dan sebagainya.

Cik Timm nak share 2 produk sabun yang telah dicuba oleh kami sekeluarga.

Sabun Kunyit SuzyHoney Herbs

sabun kunyit, sabun suzyhoney herbs

Nama je sabun kunyit, tapi bau dia wangi pulak. Lepas balik dari kerja mesti Cik Timm mandi dengan sabun kunyit ni. 
Antara khasiat Sabun Kunyit SuzyHoney:
  • Mencerahkan kulit wajah dan badan.
  • Menegangkan kulit.
  • Sebagai antiseptik membunuh kuman.
  • Melembut dan melicinkan kulit.
  • Melembapkan kulit.
Bahan kandungan: Serbuk kunyit, Vegetable glycerin organic, Jojoba oil & Vitamin E.

Harga: RM18

Sabun Aura SuzyHoney Herbs

sabun aura, suzyhoney herbs
Sabun Aura selalu Cik Timm guna kalau nak keluar berjalan-jalan ke atau keluar dengan yang tersayang ke. Eh! Kalau sabun badan dengan sabun ni, bau dia boleh  mewangi satu bilik air tu. Kadang-kadang Cik Timm tak pakai perfume dah sebab rasa segar dan wangi jer.
Antara khasiat Sabun Aura SuzyHoney:
  • Memberi aura yang menarik dan awet muda.
  • Membersihkan diri dari anasir negatif.
  • Menegang dan mencantikkan kulit.
  • Dapat mengurangkan stress.
  • Mengembalikan kesegaran tubuh.
Bahan kandungan: Rose, Iris, Lily, Saffron, Ylang ylang, Melati, Jasmine, Vitamin E, Vitamin C & Evening primrose oil.
Harga: RM25
Jom bertukar kepada sabun yang dihasilkan daripada bahan semulajadi dan diproses secara homemade tanpa bahan kimia. 
Anda berminat dengan sabun diatas? Jom dapatkan Sabun SuzyHoney Herbs di bawah ini 👇
Instagram: www.instagram.com/suzyhoneyherbs
Facebookwww.facebook.com/SuzyHoneyofficial

Selain itu, jika anda berminat untuk menjana income secara dropship atau ingin menjadi agen SuzyHoney Herbs, boleh terus;
WhatsApp: +60164229686

10 comments:

  1. Senang nak aplikasikan cara tradisional,sekarang beli je produk siap seperti produk SuzyHoney Herbs. Pasti puas hati...

    ReplyDelete
  2. Best kan produk Suzyhoney ni. Suka sangat guna..:)

    ReplyDelete
  3. suzyhoney ada keluarkan bermacam-macam jenis sabun dr bahan semulajadi tanpa paraben kan

    ReplyDelete
  4. mandi bunga ni biasa sinonim untuk cepat bertemu jodoh..betul tak

    ReplyDelete
  5. cuba check, ada nombor pendaftaran notifikasi tak? hehehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah mak Tim masih sihat, betul tu kak ana sendiri pengamal herba dan skrg pasti lebih mudah bila ada produk berasaskan herba macam Suzy Honey ni kan

    ReplyDelete
  7. wah, bestnya sabun ni. tak payah susah2 dah cari bunga atau kunyit, guna je sabun ni. senang kan...

    ReplyDelete
  8. Menariklah sabun bunga aura tu...nak awet muda ni..:)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com