Monday, November 24, 2014

Day 6: Konvokesyen ke-18 UNIMAS


 3 November 2014
Pusing punya pusing entry, akhirnya dah sampai ke kemuncak cerita di bumi Sarawak. Awal pagi kami ke kampus, abang ipar dan si kenit Widad drop by kami di kampus. Diorang pulak berjalan-jalan ke Semenggoh Wildlife Centre dan Jong's Crocodile Farm. Lagipun budak kecik tak boleh masuk dalam dewan. Aku bawa Bang Cik & Kak Pah makan-makan dulu di Student Pavillion. Tempat aku cari makan dulu sebagai cleaner. Auntie-auntie di pavillion pakat-pakat belanja aku makan. Alhamdulillah, rezeki. 
Dalam pukul 12pm kami dah masuk dewan. Aku ke Dewan Delima untuk mendaftar dan berkumpul di situ. Ramai gila sebab petang itu adalah sidang yang paling ramai sekali, 900+. Mentang-mentang sidang terakhir kan..
Selepas solat Zohor, kami beratur beramai-ramai mengikut nombor masing-masing. Dalam pukul 2pm, kami dah berjalan masuk ke dalam Main Hall DeTAR.
 Kami sedang berjalan masuk, macam-macam rasa waktu ni. Family pun duduk tempat terbaik punya. Betul-betul depan pentas.
 Haha! Muka cuak tambah gemuruh.


Selepas sejam lebih, baru acara Penganugerahan Ijazah dimulakan, itu pun bermula dengan Fakulti Sains Sosial. Memang kematulah bontot menunggu.
Akhirnya masanya dah tiba, alhamdulillah. Bang Cik dah pening mana satu sebab ramai yang pakai baju dan tudung biru.
Majlis berakhir dengan tangisan kerana wakil pelajar yang membuat ucapan tiba-tiba sebak. Disebabkan kami adalah sidang terakhir, suasananya berbeza dari sidang-sidang yang sebelum ini. 
Majlis berakhir dan kami beratur untuk keluar dewa, fuh suasananya macam artis keluar untuk acara red carpet. Dapatlah perasan sekejapala-ala retis. Hohoho.. Selepas bergambar beramai-ramai dengan geng-geng akuatik aku ke tepi dewan untuk berjumpa skuad yang sudah menunggu.
Walaupun tak semua yang ada, kehadiran depa yang ada ni pun cukup menggembirakan aku. Kawan susah senang kot selama 3 taun asyik kena lanyak sampai lunyai. Hahaha!
Secara tak sengaja, terserempak pulak dengan lecturer aku. Kanan sekali Prof Shabdin, Prof Hadi (co-supervisor) dan sebelah aku adalah supervisor, Prof Othman Bojo. Tak sangka pulak boleh jumpa sebab hari Jumaat lepas melilau-lilau di fakulti untuk berjumpa lecturer. Alhamdulillah, terima kasih sebab banyak membantu dan memberi segala ilmu sepanjang aku di bumi yang asing ini, iaitu Sarawak.

Kalau nak tengok video sidang aku, iaitu Sidang ke-5 bolehlah ke sini.
 
Selepas selesai majlis, family solat di Pusat Islam dan kami terus ke Kuching, semata-mata nak bergambar di patung Kucing yang famous-amous tu.
Sempat juga makan-makan di Top Spot, antara tempat makan seafood yang terkenal di Kuching.
 Orang memang tak putus-putus datang.
Sempat tangkap gambar umai obor-obor je, yang lain laju ja masuk dalam perut. Masing-masing kelaparan. Malam ini adalah malam terakhir untuk berjimba di Kuching. 
Alhamdulillah, semua urusan disini sudah selesai..

..bersambung..

16 comments:

  1. alhamdulillah,mesti lega dah settle kan..

    ReplyDelete
  2. tahniah tahniah! semoga segala ilmu yg diperoleh akan dimanfaat sebaiknya...

    ReplyDelete
  3. tahniah.
    pencapaian yang patut dibanggakan

    ReplyDelete
  4. umai obor kat kuching jer ado ... camno lah rasanya yer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ow, yeke? xtau pulak kak..main bedal je order..xrasa sgt pun, tasteless, juz dia punya kuah tu pedas2..

      Delete
  5. dalam dewan tu la masa yang paling bosan sekali, sebab nak kena tunggu lama. haha. adoii, cikfafa dah la sesi pagi. mengantuk. tapi bila dah habis semua, rasa lega ja.hilang penat lelah belajar. hehe. tahniah sekali lagi ya timm! ^_^

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah. Settle dahhh! hehe. Teringat pulak time konvo haritu. haha

    eh, bekground kita hampir sama. hehe

    ReplyDelete
  7. congratz for your convocation... btw done follow u dear... follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  8. Wah, lama gak Timm kat sana sebelum majlis konvo tu yer ^-^

    ReplyDelete
  9. Tahniah Timm akhirnya penantian telah berakhir

    ReplyDelete
  10. ritu kawan bawak ke topspot gak tapi lastnya kami pegi tempat lain sebab takleh la akak tempat ramai sesak sesak ni..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com