Sunday, January 14, 2018

Berjaya Lulus Adsense!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hai semua!
Cik Timm dah lulus Adsense akhirnya. Nampaknya azam tahun baru dah dapat pada awal tahun. Syukur alhamdulillah. Cik Timm sendiri pun tak pandai sangat dengan Adsense ni. Tapi memandangkan group Blogger Utara pakat-pakat cerita tentang kelebihan Adsense, rasa teringin juga menjana income dengan USD. 

Cik Timm request Adsense tak silap pada bulan Julai tahun 2017. Waktu tu Cik Timm memang blogger sepenuh masa sebab Cik Timm baru resign kerja. Jadi sentiasa update itu, update ini. Daripada duduk sahaja, sebab sebelum ni Cik Timm memang tak peduli langsung dengan blog. Blog hidup pun disebabkan entry-entry yang lama. Kalau tak confirm blog ni tenggelam. 

Blog ni kalau kita dah lama tak menulis, mulalah kekok. Rasa macam tak best jer. Tapi kalau kita dah aktif, macam addict pula. Asyik nak menulis dan idea mencurah-curah. Cik Timm dulu menulis sebab nak menghilangkan bosan. Lepas tu rasa seronok nak kumpulkan kenangan sewaktu study di Sarawak dalam blog ni. Boleh berkongsi dengan orang lain. Tak sangka pula dengan penulisan blog boleh menjana income. Semuanya dengan penglibatan Cik Timm dalam Blogger Utara. Tanpa depa ni, siapalah Cik Timm!


Pada 9 Januari lepas, Adsense dah hantar reply mengatakan "Your site is now connected to Adsense". Dalam 6 bulan juga Adsense verify blog Cik Timm. Rezeki nampaknya di awal tahun 2018. Semoga Cik Timm akan lebih berjaya dalam bidang penulisan blog ni meskipun hanya part-time. Mana tau boleh berjaya macam sifu HH ke! 

Btw, ada juga orang dekat luar tu yang perli-perli bila tau Cik Timm ni penulis blog. Terima kasih sebab dengan 'cacian, makian, sindiran' makcik-makcik bawang ni Cik Timm dah mula dimurahkan rezeki dalam bidang yang awak perli-perli ni. Awak ada apa? Mulut je laser, kerja macam tu juga. Semoga makcik-makcik bawang sedar ya, jangan disebabkan mulut, badan binasa 👄

p.s. jenuh menggodek blog sifu HH untuk korek rahsia Adsense

10 comments:

  1. Abaikan je mulut2 yang perli tu. Yang penting kita masyukkk..hehe. tahniah Timm

    ReplyDelete
  2. tahniah timm dah nampak iklan di sidebar dekat header xde lagi

    ReplyDelete
  3. wahhhh.. tahniah cik timm.. Nurul tak lepas-lepas lagi ni.. :'(

    ReplyDelete
  4. Tahniah Cik Timm,jelesnya kat depa... Buktikan pada makcik bawang blogger pun boleh berjaya jana income. Hihi...

    ReplyDelete
  5. tahniah cik timm semoga semakin bersemangat untuk terus berblogging

    ReplyDelete
  6. wah tahniah..happy kan bila dah lulus

    ReplyDelete
  7. biarkan mereka Timm.. we dont live our life untuk dioranv. u go girl..!! teruskan..

    ReplyDelete
  8. bukan senang tau dorang nak approve..tahniah Timm...share la tips sikit..nak jgk apply :-)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com