Monday, November 10, 2014

Kasut Terkini


 
Suka kasut tak? Tak kiralah lelaki atau perempuan, kalau ada SALE bergantung-gantung atas siling kedai kasut mesti nak tengok kan? Kan-kan-kan? Jangan tipu, berdosa tau!

Sebagai seorang yang normal mesti ada sekurang-kurangnya, kasut sandal untuk berjalan-jalan, kasut sukan untuk bersenam, kasut slipar untuk untuk siram pokok bunga, dan mungkin satu kasut glamour untuk ke majlis-majlis kenduri?

Selain fesyen tudung yang sentiasa berubah-ubah, dari Bawal->Shawl->Tudung Sarung Fareeda->Bawal Aidijuma blablabla, fesyen kasut juga begitu! Dari Studded Shoes->Leopard Prints->Gladiator Sandals->Jelly Sandals..

Kini, beberapa fesyen kasut yang terbaru adalah:
#Glitter
Glitter shoes sesuai untuk mereka yang berani tampil blink-blink. Trend kasut ini sentiasa mendapat di hati para wanita. Rekaannya yang berkerlipan akan memberikan anda penampilan yang cukup menyerlah dan glamor!

#Brogues & Oxford
Brogues dan Oxford? Kasut ini menampilkan ciri-ciri 'smart' dan sophisticated'. Sesuai dipadankan bersama pakaian formal untuk ke pejabat atau digayakan ketika ingin berpakaian kasual.

#Canvas Slip Ons
 Anda remaja yang aktif dan lasak? Canvas Slip Ons adalah paling sesuai untuk anda yang gemar memakai sneakers. Pilihan kanvas yang tidak bercorak atau bercorak floral sesuai digayakan bersama jeans atau shorts ketika ingin bersantai bersama rakan-rakan anda. 

Kesimpulannya, trend dan fesyen sentiasa berkembang dan bertukar dari masa ke semasa. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki kasut yang anda gemari di laman web ZALORA Malaysia kerana ZALORA hanya membawakan koleksi kasut yang terkini daripada jenama-jenama yang terbaik! Pilihan hanya dihujung jari anda!

Anda ingin membeli salah satu kasut di ZALORA? Jika ingin menikmati potongan sehingga 15% dengan setiap pembelian, bolehlah dimasukkan kod ini:
[ZBAPmhf]

17 comments:

  1. Zumal paling tak pandai shopping kasut. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Saya ada satu kasut yg sama utk jejalan dan pergi kerja
    Punyalah maleh nak beli, and selalu beli bebanyak last-last satu je yg pakai..
    Cesssss sangat kat situ an..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..timm pun xde la obses sgt suka beli kasut..slalu pkai sampai hancus baru beli baru..hoho..

      Delete
  3. anak2 dara akak suka kasut jenis Canvas Slip Ons tu...dgn baju kurung pun sesuai,kan...

    kulim dok tang mana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah, senang kasut jenis ni..
      kulim dok tang kpg sungai ulaq, depan politeknik ni.. ^^

      Delete
  4. sy kureng skit kasot.. nak raya bru beli kasot.. hahaha
    tp kasot canvas ni mmg nmpak smart laa :)

    ReplyDelete
  5. wahhh... macam2 dah jenis kasut sekarang ni...

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  6. saya memang suka shopping kasut. Hihihi :)

    ReplyDelete
  7. Lya lebih suka kasut flat ja, senang bergerak hhehe

    ReplyDelete
  8. walaupun tak lasak tapi cikfafa suka pakai kasut kanvas ataupun sneaker. kadang2 pi kelas pakai baju kurung atau skirt labuh pun pakai sneaker gak. lebih selesa. cuma sekali sekala ja pakai heels untuk pi kenduri. hehe

    ReplyDelete
  9. nak!!!...nak bukak jap lah website ZALORA nih

    ReplyDelete
  10. paling tak minat shopping kasut hahaha. sebab selalu tak ada size. kalo kasut sukan pun kena pakai size bebudak yg paling besar. stress hihi..

    ReplyDelete
  11. Akak pakai selipar jer. Susah nak.tukar selipar kecuali la selipar tu dah betul-betul rosak.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com