Friday, October 03, 2014

Hadiah Birthday Zalora


Zalora, postage
Hadiah sangat, sebab tiada insan yang nak kasi hadiah. Aku pun beli sendiri hadiah. Terima kasih Zalora sebab bagi kupon potongan 20% untuk barangan dia. Dengan rajinnya, aku pun masuk bilik, tengok apa yang macam kurang. Ternampak benda hitam kelabu atas meja. Belek benda tu, depan belakang, dalam, luar..

"Nazak sangat benda ni", ujarku didalam hati.
Tangan mula memunggah barangan-barangan di laman web Zalora. Pastikan tick 
[Filter By RM0-RM49].

"Macam menarik pula benda ini. Nak warna pinklah! Eh, tapi nanti nampak macam gugurl sangat pula. Malu nak bawa..", masih memikir-mikir samada inginkan warna merah jambu, hitam atau biru.

Sehari kemudian..

Ada orang menelefon aku untuk mencari lokasi rumah. Yes! Barang dah sampai! Tak sabar! Tapi, kenapa pertama kali pembelian tukang hantar tak telefon pun? Agaknya orang baru kot..
Zalora, postage, gdex
Setiap kali pembelian, mereka akan sertakan sekali dengan invoice barang, plastik pos laju sekiranya kita nak return barang. Misalnya, barang yang dihantar silap saiz ke, tak suka ke, atau apa-apa sahaja masalah dan juga kupon Brand Ambassador. Kalau ada sesiapa yang nak beli barangan Zalora pertama kali, bolehlah pm aku kalau nak potongan 15%

Akhirnya, purse aku yang dah nazak dapat pengganti baru. Adakah ini dikategorikan sebagai membazir? Purse yang lama aku beli semasa praktikal di Penang dulu. Kiranya dalam 2 tahun lebih aku guna.
purse, rosak
Purse baru lebih panjang dan besar dari yang lama supaya boleh diselitkan dengan handphone sekali. 
Anda suka dengan purse ini? Bolehlah ke laman web Zalora dan taip [Embellish Emboss Leaf Zip Around Purse] di kotak Search.
purse, zalora
Alhamdulillah, aku suka dengan purse ini. I'Allah akan digunakan sampai lunyai, baru beli yang baru sebagai ganti :)

p/s: selamat membeli belah di Zalora!

3 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com