Tuesday, August 10, 2021

Takziah Siti Sarah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga arwah Siti Sarah Raisuddin. Sedih betul bila dapat perkhabaran ni waktu subuh semalam. Scroll punya scroll tertengok Shuib sendiri post perkhabaran ni di laman IG beliau.

Terkesan betul sebab arwah merupakan seorang ibu yang baru melahirkan anak yang ke-5. Teringat kejadian bulan lepas di mana kakak Cik Timm pun dimasukkan ke ICU untuk melahirkan baby ke-3 tapi bayi tak dapat diselamatkan sebab terlalu kecik. 

Semoga anak-anak arwah dan Shuib kuat untuk menghadapi dugaan ni. Semalam pun cuaca suram sahaja. Di media sosial pun semuanya cerita tentang arwah. Cik Timm pun mengalir air mata juga tengok semua video-video yang ada. 

Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..

Btw, Covid-19 sebenarnya banyak memberi kesan kepada ibu-ibu yang mengandung. Ibu yang mengandung lebih senang terdedah dan boleh memberi kesan berganda-ganda berbanding dengan orang biasa. Sebagai salah seorang dari golongan yang berisiko ni, Cik Timm memang dah limitkan diri dari keluar ke mana-mana kecuali jika ada urusan penting macam temujanji kesihatan. 

Nurse pun dah pesan, jangan keluar ke mana-mana dalam masa ni ya. Cik Timm ni menunggu masa je untuk meletup sebenarnya, badan memang tak larat dan letih memanjang. Nak duduk untuk buka blog pun rasa tak mampu. Tapi hari ini ku gagahkan jua sebab rindu!

Doakan Cik Timm ya, ikut tarikh 19 Ogos, tapi kalau #azfajunior ni tak nak keluar lagi nurse bagi lagi masa sehingga 25 Ogos. Tak keluar lagi kena serah dirilah di hospital..

8 comments:

  1. ramai sangat2 terkesan dengan kisah dia.. Allah.. memang beruntung dan insyallah syurga buatnya disana.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainahilahirojiun.. Betul sangat terkesan kepada semua peringkat. Ada hikmah dan iktibarnya.. InshaAllah moga dipermudahkan urusan Cik Timm. Happy nak dapat baby.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah semoga dipermudahkan urusan akak
    stay at home
    take care

    ReplyDelete
  4. Alfatihah untuk arwah. Ramai yang sedih dan mendoakan dia. Semoga Allah tempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman. Timm jaga diri OK.

    ReplyDelete
  5. alfatihah buat arwah. ramai yg terkesan dgn pemergiannya

    ReplyDelete
  6. Masih terasa kehilangannya. Pengakhiran hidup yang husnul khotimah. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  7. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

    ReplyDelete
  8. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    Semoga Allah tempatkan arwah bersama mereka yang beriman. Aaaminn...

    Semoga dipermudahkan urusan CikTimm. Aaminn...
    Take care.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com