Friday, May 04, 2018

Pengalaman Setahun Lima Bulan dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



28.04.2018 - Kenapa Day 510? Sebab skip bulan lepas. Bulan Mac Cik Timm tak berjumpa doktor pun sebab doktor tiada di Malaysia sebab mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Masih setia dengan power chain. Bulan ni warna merah pulak. Kalau tengok dari gambar-gambar ni nampak tak banyak perubahan langsung betul tak? Tapi sebenarnya sangat banyak perubahan. Gigi bawah dah sama dan dah tak ada jarak. Gigi atas pun sama juga, jarak dah makin kurang.




Dulu kalau senyum tak selesa nak senyum luas sebab nampak gigi rompong berlubang kiri dan kanan. Tapi sekarang dah boleh senyum luas-luas. Boleh tengok post-post sebelum ni macamana dia punya lubang tu punya besar, senyum je mesti nampak. 

Selalu orang cakap, amboi dah pakai braces senyum asyik tayang gigi braces. Bagi Cik Timm, bila kau senyum dengan mulut tertutup muka akan nampak awkward, lepas tu dekat mulut macam kembung kembang semacam. Better bukak je mulut luas-luas, lagipun sebelum pakai braces pun memang suka senyum tayang gigi arnab. Hahaha!



Dulu Cik Timm rasa macam ada kesukaran untuk menutup mulut. Rasa terjuih je bibir tu, sekarang dah rasa makin selesa. Semuanya sebab gigi dah ditarik ke dalam. Ambil gambar pun dah confident sebab kadang-kadang braces tu macam visible. Alhamdulillah, semoga tahun ni jadi tahun terakhir untuk berbraces ni. Tak sabar nak buang! Rindu nak main-main gigi dengan lidah tanpa ada gangguan, rindu nak gosok gigi sepuas-puasnya, rindu nak makan macam-macam tanpa risau sisa makanan melekat di besi...

Seterusnya, bulan Mei pun Cik Timm skip berjumpa sebab cuti tak mengena dengan appointment. Bulan lepas ni pun sepatutnya Sabtu tu kerja, tapi Cik Timm cuti. Dah malas nak ambil cuti sebenarnya. Jadi bulan Jun selepas raya puasa baru jumpa doktor balik. Jadi gigi, sila beri kerjasama tau walaupun tak dating dengan doktor tau! 

Hampa bosan tak dengan entry braces tak habis-habis ni? Bertabahlah, siapa yang sudi baca silakan. Yang menyampah sila scroll lelaju. Ihiks..


5 comments:

  1. betul tu kalau tutup mulut masa bergambar memang nampak kembung better serlahkan je

    ReplyDelete
  2. Cantik gigi dia lepas ni..boleh senyum luas-luas..

    ReplyDelete
  3. kiranya dah xlama lg dah ya nk buka?

    ReplyDelete
  4. Makin lama makin cantik gigi yer...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com