Thursday, March 06, 2014

Part-Time Job - Cleaner?


Cari punya cari kerja part-time, akhirnya Selasa lepas aku dah mula bekerja. Hujung minggu hari tu, ada kawan post dalam group Facebook, ada kerja kosong dekat Student Pavillion. Tapi sebagai pencuci tray makanan je.


Demi untuk meneruskan kehidupan aku dekat sini, aku interview dengan pemilik kedai tu hari Isnin. Actually, kawan aku pun ada sorang lagi yang ikut sama-sama untuk kerja. Tapi auntie tu nak sorang je. Bincang kejap, kawan aku yang baik hati tu mengalah. Dia cakap nak kerja sebab nak isi masa boring je. Aku ni lebih memerlukan sebab kering kontang dah wallet aku.

Termasuk semalam dah dua hari aku bekerja sebagai cleaner terhormat. Aku kena kutip pinggan kotor, cuci tray makanan. Hari first memang pehh, aku malu weh kerja macam tu. Tambah-tambah kalau la junior aku nampak aku kerja macam tu. Jatuh standard aku! Aku memang rasa nak give-up kerja macam ni. Tak pernah aku kerja memalukan macam ni!

Habis kerja, auntie bagi aku upah RM15..sambil aku berjalan nak tunggu bas..aku teringat sesuatu..


Alhamdulillah, ramai yang bagi semangat untuk aku teruskan. Beruntung kalau kita ada kawan-kawan yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memberi semangat. Terharu pulak. I'allah aku akan ikhlaskan dalam setiap pekerjaan aku selepas ni.

Family aku pun tak kisah, asalkan diorang tau aku kerja di tempat yang selamat, dan kerja yang halal. 

Ya Allah, kau berikanlah kekuatan untuk aku teruskan kehidupan semester terakhir aku di sini..

Sekarang, dari pukul 6:30pm-8:30pm, setiap hari Isnin-Jumaat kecuali Khamis aku bekerja part-time di Mamaku Vegetarian di Student Pavillion dengan upah RM15 sehari.

Alhamdulillah, lepaslah duit untuk aku makan..baki simpan pulak untuk bayar duit kawan yang aku pinjam, broadband lagi, kelas technology multimedia lagi..

3 comments:

  1. Tahniah cik tim..kita pun pernah kerjarestaurang sebagi pencuci pinggan masa cuti sem..so tak perlu malu k..as long as kerja yang halal...so selamat berpart-time k. yang penting dapat terus belajarkan...

    ReplyDelete
  2. kak,,,kalau ada keje kosong,,,boleh x inform sy??sebab sy bakap student asasi unimas,,,sy duk kelantan,,sy pun dlm kategori susah jgk,,,,ape2 hal,,akak tlg inform sy ye Carriejiwaku@gmail.com

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com