Thursday, March 27, 2014

Alasan untuk bergraduasi


Oh, aku sangat excited bila kena update form graduation dalam e-pelajar. Yahoo, my studies will be end!

Semester ni pun rasa sekejap sangat-sangat. Sekarang dah nak masuk bulan April, lepas tu Mei, lepas tu Jun. Lepas tu, habis! Excited-excited-excited!


 

Seronok, seronok jugak, next week exam mid semester test dah nak bermula. Study-study-study..

Alasan kenapa seronok untuk bergraduasi:
  1. Dah tak nak duduk jauh lagi dari keluarga. Cukup jauh dah Sarawak ni, kalau setakat jauh dalam semenanjung tak ada masalah. Dapat naik bas ke, kereta api ke. Tak da lagi kena naik flight. Bukan sebab kes flight MH370 aku takut nak naik. Masalah ongkosnya..tiket flight bukannya seringgit dua. Tambah-tambah ke Kuching-Penang, susah nak dapat murah!
  2. Nak balik makan makanan sedap. Abang cik aku ni hari-hari mesej aku masak macam-macam dekat rumah tu. Songtam la, kek la, tat la.. Gila menggelupuq aku kat sini dengar. Jahat betul, menguji keimanan weh. Aku duduk sini dah la tengah cut-the-budget. Makan pun untuk hidup je semata-mata.
  3. Nak jumpa kawan-kawan lama. Semua pakat-pakat kahwin, tunang. Kalau jemput aku, memang krik-krik la jadinya. Sekadar ucapan tahniah sajalah. Tak mampu nak balik semenanjung semata-mata kenduri hampa. Maaf no..
  4. Rindu adik-adik. Aku ni anak bongsu. Tak ada adik manusia pun, tapi adik yang berbulu+berekoq ada. Rindu budak mastura tu. Geram nak uli-uli dia lagi sebab sekarang makin babam.
  5. Rindu dengan suasana rumah. Rindu dengan rumah, dekat rumah ada mesin basuh, tv LCD, tilam besaq, bilik sendiri, blablabla.. Bukan tak bersyukur dengan kehidupan sini. Tapi faham kan, kita mahukan keselesaan kalau nak buat semua aktiviti harian. Lepas tu, pagi-pagi bangun dah dengar bunyi ayam jiran berkokok, bunyi mak berleteiq, bunyi cengkerik waktu nak tiduq..
  6. Nak tengok mak. Alahai, macam tak pernah tengok kan. Sedangkan kalau dah balik rumah ada ja bergaduh dengan mak. Ala, sapa kesah, gaduh macamana pun tetap mak jugak kan. Aku rasa macam dalam 23 tahun aku hidup ni, 15 tahun je kot aku duduk dengan mak. Tingkatan 4 dan 5 aku masuk asrama, selepas SPM aku duduk rumah kakak sulung di Selangor, balik rumah terus kerja part-time. Umur 18 tahun aku ke Perlis pulak. Menginjak ke umur 19 sampai sekarang, aku duduk di Sarawak pulak.Emm, kalau dah dilahirkan anak bongsu tu, memang perangai macam ni tak dapat nak kawal kan..
Rasanya macam banyak lagi, tapi cukuplah setakat list ni dulu. Hahaha!

Happy Thursday guys! #prayforMH370 #prayforEG529

2 comments:

  1. Alasan yg no satu yg paling utama kan...memg xsbr nk duduk dgn fmly smla

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..huhu..sblum ni cuti sem pun buknnya brcuti..xblik pun..wuwu..blik kjp2 jer..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com