- Dapat tengok tv. Tengok tv? mesti dok garu kepala. Kalau wifi kuat dapatlah online di TONTON. Selalu kalau aku dah boring menunggu bas malam-malam di HEP, aku tengok tv live dulu. Almaklumlah, nama ja dekat rumah ada tv, tapi hampeh rosak tak dapat nak dengar suara. Nak hantaq kedai untuk repair macam membazir duit ja..
- Dapat mengurangkan budget topup. Sekarang ni kan banyak aplikasi macam Wechat, Whassup, Line, blablabla. Aku sendiri pun dah 2 minggu tak topup tau. Kalau aplikasi ni, aku cuma ada Wechat je pun. Lemas nak install bebanyak dalam phone. Buat membazir storage je..
- Dapat cepat update di facebook. Bukan maksud aku update 'What is in your mind' tu. Aku dulu mula-mula jumpa fesbuk, nak pi toilet pun nak update, sekarang tidak lagi. Cukup-cukuplah buat perangai tak senonoh nak update semua benda dalam facebook hokeh. Maksud aku, update assignment, berita, update dari lecturer. Bukannya apa, zaman universiti sekarang ni, semua subjek ada group sendiri. Segala info, assignment semua kumpul dalam tu. Cepat dan senang!
- Kecil dan cute. Sebelum ni nak online semua pakai laptop je kan. Dah la besaq gedabak, tambah la macam lappy aku ni hah. 14 inci setengah, kehulu kehilir, mau tercabut tulang belakang aku. Dulu masa sekolah bawak buku banyak, zaman universiti bawak lappy besaq pulak. Sekurang-kurangnya nak online bolehlah di mana-mana ceruk sekali pun. Tapi awas! Wifi yang tak ada security ni bahaya tau! Aku lebih prefer wifi yang macam dalam universiti ni. Sebab perlu sign in nombor matrik & password.
- Senang berhubung dengan family. Aku tak tau kenapa tiap kali aku mesej kakak aku, lambat ja dia balas. Tapi kalau send via Wechat ke, Facebook ke, laju je dia balas. Jadi bagi aku dengan kemudahan android segala bagai ni, senang sangat nak berhubung. Nak bervideo call pun boleh! Sentiasalah kurang beban rindu ni..
- Mengurangkan penggunaan kuota broadband. Kalau kita online dalam smartphone ni dapatlah kurangkan penggunaan kuota sebab kecik sikit berbanding laptop. Dapatlah berjimat sikit, aku memang sentiasa berjimat kalau nak guna broadband ni. Kalau waktu siang aku limitkan sikit penggunaan, kecuali kalau buat assignment. Tapi kalau nak buat misi melara macam tengok youtube, TONTON, download movie aku akan berjaga awal pagi macam pukul 4 pagi ke, sebab kuota malam sentiasa banyak!
- Dapat tau aktiviti kawan-kawan+family. Kadang-kadang seronok stalker orang ni. Kalau orang tu update apa-apa aktiviti, gambaq kahwin ke, gambaq anak sedara ke, kita pun dapat tau. Update terbaru sekarang, aku dah dapat anak buah sorang lagi. Isteri sepupu aku dah selamat melahirkan baby girl. Update yang macam tu aku boleh terima. Ni kadang-kadang aku tengok update benda tak perlu macam gaduh dengan kawan ke, laki ke, boyfriend ke.. Rasanya tak perlu kot. Nak mual aku baca kalau keluaq kat wall aku..
- Dapat berkongsi maklumat. Sekarang ni kan semua orang update pasal MH370, masalah di Mesir. Bagus jugak, sekurang-kurangnya bila orang kongsi, kita dapat tau perkembangan isi semasa yang berlaku di dunia atau pun dalam negara. Tapi kita perlu ingat, apa yang di share tu tak semestinya betul. Ha! Video yang kononnya keadaan di Lautan Hindi tu bukannya betul tu. Tu video di Lautan Atlantik kot. Cer tengok [sini]. Jadi sebelum kita share apa-apa di laman soaial, tolonglah buat research dulu kebenaran sesuati cerita tu dulu. Jangan main bantai sebat semua benda nak share.
- Dapat membaca nota kuliah. Sebenarnya ni sebab utama aku nak ada smartphone. Sambil kita menunggu bas ke, menunggu kelas ke, dapat selak nota dulu. Sekarang ni semua lecturer akan upload nota dia dalam laman web khas. Jadi bolehlah kita download dan baca sebelum kelas bermula ke, nak ulangkaji selepas kelas ke. Ataupun sebelum nak masuk dewan peperiksaan, dapatlah godek nota dulu sebelum betul-betul bersedia nak jawab exam.
- Cuba hampa kongsikan pulak kebaikan atau keburukan smartphone??
Happy weekend guys..
pkok pangkalnya terletak pd diri sendiri kan
ReplyDeletebg ciksu snng nak bw .hahaaa
pastu apa apa pon dihujung jari je skrng ni
Happy weekend Cik Tim...banyak senang sekarangkan..semuanya dihujung jari. Antara rajin dengan malas aje..he..he
ReplyDelete