Friday, October 26, 2012

Raya Haji 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun ni pun macam tahun-tahun yang sebelumnya. Aku beraya di samping kawan-kawan housemate yang tak balik kampung. Tahun ni agak dirasakan kesedihannya pulak. Kenapa pun tak tau. Agaknya sebab ada kawan yang balik kot.

Berbalik kepada tujuan asal, aku nak share makanan je pun dengan hampa semua. Semua aku tengok status pakat-pakat update pasai ketupat, rendang ja. Stress aku. Tak kesian ka dekat kami yang di oversea ni. Nyampah =__="..

Mee Udang
Udang bersaiz gergasi..
Nak mee ke kuew tiaw..?
Sambal kicap pedas sehh..

Bergedil ayam
Sampingan..
Buah..
Cehh, aku pun nak bagitau ni saja pun. Konon nak bagi jeles. Keh-Keh-Keh. Mai la pakat-pakat klik ni sebagai duit raya untuk aku ===> http://bit.ly/Vl8jRM

Hidup di perantauan. Macam ni lah rasanya. Nak balik kampung, tiketnya mahai. Duduk sini memang kena berjimat. Semua barang mahai. Inilah yang dikatakan PENGORBANAN. Pagi tadi pi semayang sunat raya di Dewas UNIMAS. Tak seramai tahun lepas pun. Sayu sangat dengaq takbir raya dari semalam. Bukak radio pun depa pasang takbir. Baguihnya..

Lepaih makan ja, semua macam ulaq sawa berlingkaq. Aktiviti seterusnya, zZzZz. Time cuti ni la kena spend time betul-betul atas katil. Isnin ni walaupun cuti, aku kena pi jumpa lecturer.nak uruskan PTA. Lepaih tu, 30 OKT - 3 NOV ada training berterusan. 3 NOV tak masuk training sebab ada Field Trip. Field trip 3 NOV - 4 NOV. Gila, memang gila semester ni. Jadi, tolonglah sesiapa jangan ganggu cuti aku!! Seriusly aku sekarang ni cepat panas sebab nak mengamuk!

Astaga, sabaq-sabaq. Terimalah dugaan ni dengan tabah duhai hati..

7 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com