Thursday, October 04, 2012

&^&%$$@@$%*^



Demam-demam-demam! Akibat terlalu penat dengan MSK (Minggu Suai Kenai) + training + proposal PTA  + assignment. Akhirnya, badan yang tidak cukup tidur mengakibatkan aku demam + pening + sakit kepala +  mengantuk. Teruk sangat kut sebab sepanjang minggu ni aku tidur dalm semua kelas. Tidur yang bukan tersengguk-sengguk, tapi tidur terus tak bangun-bangun. Dalam bas lagilah, sentiasa tidur dari kampus barat ke timur. Ya Allah..Kuatkanlah hamba-Mu ini Ya ALLAH.

Baiklah, aku cuba ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang wujudnya "orang tengah" dalam kehidupan seharian. 


Situasi 1 : Dalam suatu organisasi, orang tersebut sentiasa terlepas dari segala kesalahan yang dia lakukan. Selain tu, dia sentiasa mendapat perhatian jika ada suatu masalah timbul. Orang yang sepatutnya diangkat naik contohnya dalam kenaikan pangkat, orang lain tidak mendapat peluang yang sepatutnya walaupun layak.

Jadi apakah pendapat anda dalam Situasi 1 tersebut?

Minggu ni sangat-sangat mencabar aku. Kepala aku sakit berdenyut-denyut tak berhenti. Petang tadi pun aku dah ponteng kelas Environmental Law, maaf Dr. Azlan. Cara pembelajaran semester ni agak lain dari semester-semester lepas. Semerster ni banyak perlu ke luar daripada kelas. Bukan dalam bilik kuliah sahaja. Banyak kerja luar, contohnya kelas Coastal Zone Management, perlu interview pegawai-pegawai di agensi-agensi terpilih. Adui...

S-e-r-a-b-u-t...

2 comments:

  1. pernah sekali demam sebab dari pagi smpai malam duk buat eseimen yg buat last minit..huhu.

    budaya org tgh aka kabel skng ni dah jadi mcm benda wajib pulak kalo nak dapatkan something..

    ReplyDelete
  2. @nick nashram : ho3..bahana wat keje last minute..ermm..budaya eh..ok3..sabau je lar eh..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com