Monday, October 01, 2012

Aku Dah 21 Tahun!


Alhamdulillah aku masih bernafas untuk meneruskan kehidupan sebagai wanita dewasa berumur 21 tahun pada 29 September lepas! 


Sepanjang 21 tahun, banyak pengalaman yang aku timba semenjak aku dilahirkan tepat jam 1.05pagi di Hospital Kulim. Sebagai anak bongsu, aku sahaja yang dilahirkan di hospital berbanding adik-beradik aku yang lain. Bukannya apa, mak aku sudah menjangkau 43 tahun semasa melahirkan aku. Syukur alhamdulillah aku sihat walafiat tanpa kompilasi. 

Bermula pembelajaran di Tadika Kemas, Masjid Sungai Ular. Bersekolah rendah di Sek. Keb. Sungai Ular. Kelakar sebab masuk tadika tak teriak. Masuk Darjah 1, berminggu juga mak aku tunggu di sekolah. Astaga.....malu pulak kalau diingatkan balik....Zaman UPSR, pertama kali sains dan matematik diperkenalkan dalam Bahasa Inggeris.

Kemudian, ke Sek. Men. Keb. Kulim. Tingkatan 2 aku telah mengalami peristiwa yang sangat menyedihkan dalam hidup aku di mana ayahku telah kembali ke rahmatullah. Sampai sekarang aku tertanya punca ayah aku meninggal. Namun, qada' dan qadar Allah aku terima dengan redha setelah beberapa tahun! Zaman PMR yang amat menyeronokkan bagi aku kerana zaman ni aku fikir study-study-study. Dengan keputusan yang cemerlang, aku masih belajar di sekolah yang sama, cuma aku tinggal di asrama. Di sini aku sudah mengenali apa itu persahatan antara lelaki dan perempuan. Paham-pahamlah kan persahabatan yang macamana kan.......Agak tunggang langgang SPM aku. Agak kecewa!

Cuti selepas SPM, aku tinggal beberapa bulan di rumah kak sulung di Lembah Beringin, Selangor. Balik rumah, lesen motorsikal aku mesti dapatkan sebelum dapat bekerja part-time. Lesen kereta...fobia! Taknak -Taknak! Sebab instructor tu dok syok kata aku dah pandai. Dia biarkan aku terkontang-kanting macam aku pandai. Yang aku tau, hidupkan enjin je. First time pegang stereng! Pertama kali jugak aku bekerja di kedai topup di Kelang Lama. Bos aku ni cikgu. Selalu la cikgu-cikgu mai lepak sembang-sembang dengan bos. Semua pelanggan ingat aku ni budak sekolah Tingkatan 3 tolong bapak. =_= Kanak-kanakkah aku?

   Aku confuse ingin melanjutkan pelajaran di Matrikulasi atau Diploma. Diploma di UPM kampus Bintulu, Sarawak kos diploma perikanan atau Kolej Matrikulasi Perlis jurusan Sains. UPM merupakan universiti idaman aku sejak dari aku kenal perkataan universiti tu apa. Matrikulasi pun cuma pengambilan kedua. Sedangkan aku memang bersiap-siap barang untuk ke diploma. Aku cuma diamkan diri yang aku mendapat tawaran matrikulasi. Tapi, pecah jugak tembelang sebab aku kakak aku nampak aku menangis sorang-sorang dalam bilik sebab confius.....Jadi, aku mendaftarkan diri ke matrikulasi dan diberi 3 minggu masa untuk berfikir semasa aku orentasi di sana. 

Satu malam, aku bermimpi berjumpa arwah ayah aku. Aku dapat bersembang-sembang dengan arwah, aku cerita tentang keputusan PMR, SPM, sekolah. Dia berpesan pilihan semua terletak pada tangan aku sendiri. Apa sahaja pilihan yang aku buat, pastikan aku buat yang terbaik. Macam-macam pesanan yang aku dapat. Tiba-tiba, aku terjaga. Azan subuh pun berkumandang. Aku bangun dalam keadaan sedang memeluk erat selimut arwah ayahku. Aku nekad akan meneruskan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis. Setahun aku tinggal di Perlis dan belajar menaiki kereta api KTM dan bas mara Georgetown-Kangar (dah lupa pulak..). Perlis ni kecik comel sungguh negerinya. Nak ke pekan pun naik teksi, sebab bas biasa tak wujud pun. Kawan-kawan di sini semuanya memang tip top pandai. Rasa terpencil pulak kadang-kadang. Tapi, sorang pun tak kedekut ilmu! Akhirnya, setahun berlalu. PBSM berlalu. Aku redha dengan rezeki yang dikurniakan.

Berdebar-debar menunggu keputusan UPU. Aku berharap dapat melanjutkan pelajaran di Sabah atau Terengganu. Nasib tidak menyebelahi aku. Aku mendapat tawaran ke Sarawak? Namun, aku masih berasa gembira kerana aku memang ingin melanjutkan pelajaran ke tempat yang jauh kerana ingin membawa diri (kecewa +frust). Universiti Malaysia Sarawak, kos Sains Akuatik? Segala dokumen dan barang-barang untuk ke Sarawak aku berdikari untuk membeli sendiri. Aku taknak menyusahkan keluarga. Cuma, medical check-up, kakak aku menemani aku. 

Di usia mentah belasan tahun, aku merantau ke Sarawak, Kepulauan Borneo. Disebabkan kebosanan di Tahun 1, blog aku mula wujud. Kini, aku sudah berada di Tahun 3. Baru sekarang aku sedar, aku sebenarnya mengalami culture shock di Tahun 1. Sebab....aku sudah banyak buat benda benda yang tidak sepatutnya aku buat, berkawan dengan orang yang salah, mestilah merosakkan kita. Betul kan? Alhamdulillah di Tahun 2 aku mula sedar akan kekhilafan aku. Sekarang, aku cuma mampu menadah tangan memohon keampunan di atas dosa-dosa aku yang lampau. Syukur alhamdulillah, perlahan-lahan Al-Quran aku tak pernah lepaskan dari tangan aku, segala kawan negatif aku hindarkan, mula mengunci kakiku di bilik sahaja dan mula memencilkan diri dari segala gelumang dosa yang aku telah lakukan dulu. 

Aku di usia 21 tahun, segala pengalaman aku sudah rasa. Namun, masih banyak lagi yang perlu aku tempuh, itu pun kalau aku masih diberi nafas. Kemalangan yang menimpa aku semasa praktikal juga mula membuat aku lebih menghargai diri aku sendiri. Kali ni, sempena kelahiran aku, aku terlibat dengan orentasi Palapes Udara UNIMAS. Rasa terharu pulak perkataan "happy birthday" diucapkan di padang kawad, dalam mass, dalam pejabat, macam kelakar!

Semoga di usia ini juga, aku dapat berubah menjadi yang lebih baik! Lebih baik dari yang sebelumnya. Amin!







5 comments:

  1. Sedih pula baca,
    Alhamdulillah.. makin besar kita makin byk pengalaman hidup serta banyak cabaran yg kita kena lalui kan? Jangan mudah menyerah kalah.. ^^

    Ap2 pun selamat hari jadi, semoga menjadi anak yg solehah ;D

    ReplyDelete
  2. semoga anda jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik :)

    ReplyDelete
  3. wah.. Selamat Hari Lahir eh... ^_^

    ReplyDelete
  4. @everything's, @bella n @cf : tq very much!! kwan2 dari blog ni jugak byk mmbantu..sayang korang2 semua..hu3..terharu2..

    ReplyDelete
  5. cik timah asai kulim ye.
    ciksu pernah dulu ke sana sekejap..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com