Wednesday, August 08, 2012

Queensbay Mall - SALES!!

Semangat nak ke Queensbay Mall tau! Tiba-tiba bila nak balik kerja hujan membasahi bumi Pulau Pinang pulak. Nasib baik driver bawak kereta. Selamat aku..(gelak jahat) Punya lama la aku tak pi sana. Last pi waktu dengan Kak Yu zaman tok nadok nuh! Sekadar tengok wayang. Punya excited aku dengan 'pak cik' tengok Google Maps hafal jalan takut sesat. Cess, dekat gila Queensbay dengan USM. Untunglah~


Pulau Pinang Bridge! Ohsemm..


Actually, aku tak pernah beli baju dengan golongan 'adam' ni. Pertama, diorang ni mungkin boring. Kedua, diorang bukan macam besties perempuan yang boleh bagi pendapat. Ketiga, segan arrrr!! Tapi, kira ok la bershopping, tengok barang dengan pak cik ni. Kalah perempuan tastenya. Hadoiiii, tak pasal-pasal aku dah beli baju PADINI yang berharga RM99!!! Tapi, ada sale la, gila! 70% tuh. Kepada perempuan-perempuan dan lelaki di luar sana yang mempunyai taste PADINI, silalah berkunjung ke sana. SALES-SALES-SALES!! Macam nak tercabut mata aku tengok. Sabar-Sabar.

Wah! Besarnya mall dia. Kalah The Spring dekat Kuching. Betul.. Destinasi seterusnya, mencari kedai Bodyglove. Pak cik nak beli baju katanya. Pandai promoter amoi tu suruh aku pun beli jugak. Takmau-Takmau. Kawal nafsu, nanti lari budget sayangku. 

Berbuka di Restoran Arena Food Court dekat dalam mall tu. Erkk! Alhamdulillah kenyang. Misi diteruskan lagi dengan mencari wallet. Wallet aku ni dah nazak, Tuhan saja yang tau. Nak dekat 3 tahun dah guna. Terkopek-kopek sudah kulit luarnya. Time to change a new one!

Nampaknya, pencarian baju raya di sini tidak berhasil, shopping dekat Kulim sudah..

Please ignore my pink cow cover bed sheet..
Berbaloi jugaklah dapat beli baju RM99 dengan harga RM29.70 dan dompet yang berharga RM25. Thank you 'Pak cik'!

Di samping itu, kepada sesiapa yang nak window shopping di Queensbay Mall. Sila pakai kasut yang sesuai dan kunjungilah ke laman web rasmi mereka untuk menyenangkan anda dan untuk menjimatkan masa anda. Laman web rasmi Queensbay [KLIK SINI].

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com