Kak Muza yang present, aku pulak yang gelabah! |
Sesi soal jawab, paling berdebar waktu ni kalau nak present! |
Ni bukan suasana pagi tau! Tapi jerebu! |
- mengurangkan aktiviti di luar ya! tambah-tambah untuk sesiapa yang ada masalah asma..
Waktu tengah merempit balik dari Penang-Kedah, ramai penunggang motosikal yang memakai penutup mulut dan hidung. Hmm, aku pun lupa..
Pagi-pagi Sabtu, dalam kemalasan nak bangun. bangun jugak untuk mandi. Tengahari, tugasan bermula!
Raya tahun ni baru nak cat rumah setelah lebih kurang 20 tahun tak pernah cat. Lama kan, biasalah. Rumah kampung @ teratak buruk saja. Lagipun, tahun ni semuanya kakak dan abang aku ada duit lebih kan. Barang-barang macam cat, masih ada dalam simpanan lagi. Semuanya milik arwah ayah aku dulu waktu dia rajin buat hias rumah dengan tayar. Pernah tengok tak? Selalunya tayar tu akan dipotong zig-zag, lepas tu, terbalikkan bahagian luar ke dalam, luar ke dalam. Nanti tayar akan berbentuk bunga la! Boleh lah tanam pokok bunga dalam tu..
Teringat pulak zaman-zaman tu, masa arwah masih ada. Aku ni tukang cat tayar tu supaya lebih cantik dan menarik. Bumbung rumah pun aku panjat sebab nak sapu cat kayu dekat tingkat 2 rumah aku. Zaman tu kecik-kecik, ringan ja kut. Sekarang ni, roboh bumbung kut. Masa tu, kampung aku bertanding untuk Desa Wawasan. So, kampung tu kena cantik dan teratur. Semua penduduk Kampung Paya Tok Betok pakat-pakat hias rumah cantik-cantik. Rindu masa tu, kalaulah dapat diputarkan balik masa tu.
Doraemon tak ada lah! He3..Juz missing da old time..
test2..
ReplyDeletetest3
ReplyDelete