Thursday, July 29, 2021

Gift Untuk Si Kecil #azfajunior

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Minggu lepas kawan baik Cik Timm sempat datang melawat sebelum meletup. Lama betul tak jumpa, inilah antara best friend yang stay sampai sekarang. Makin lama circle kita makin kecil betul tak? Berkawan kalau lebih dari 10 tahun maksudnya memang eternitylah persahabatan tu.


Baby kecik ni dah dapat present dari auntie-auntie gorgeous dia. Terima kasih Anis & Q. Murah rezeki betul si kecik ni, kakak ipar pun macam-macam beli barang untuk dia, baby cot, baju baby, tilam U untuk maternity pun kak ipar belikan sebab Cik Timm makin tak selesa nak tidur. Perut makin membesar, bantal 3 biji pun tak cukup. 


Lepas tu, baju baby yang lama yang boleh pakai lagi, beg-beg, dengan carrier baby pun kak ipar bagi. Jimat banyak juga, thank you Kak Melissa. Cik Timm dengan husband ada tambah barang-barang lain juga macam troli, pampers, baju, toiletteries, etc. Tunggu nanti baby keluar baru topup barang-barang lain pula. Sekarang ni prepare untuk bersalin dan berpantang je.


Kak Yu pun ada pos barang-barang untuk berpantang dan baby. Anak-anak Kak Yu memang guna produk Najla untuk famili dia. Cik Timm pun dahlah blur dengan minyak atau ubat-ubatan untuk baby. Thank you sisters! *btw kakak Cik Timm ni dah keluar wad dan beransur pulih dah. Tengah berpantang je dekat rumah tu. Nanti Cik Timm review barang beliau satu persatu. Hari tu bercuti ke Korea pun ada bawa moisturiser dari beliau juga. 


Semoga murah rezeki semua ya. Dan juga doakan Cik Timm ya untuk bulan Ogos depan. Harap Cik Timm kuat untuk menghadapi saat-saat terakhir sebagai ibu mengandung ini. 

15 comments:

  1. Berapa hb due?akak doakan semoga timm selamat bersalin...dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut duenya 19 ogos kak, tpi lanie sakit pinggang dah..

      Delete
  2. Alhamdulillah..dikelilingi dengan mereka yang baik berkongsi rezeki. Rezeki baby juga. Semoga dipermudahkan urusan CikTimm..Aaminnn...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. semoga di permudahkanNya buat CIk TImm.. aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah . Rezeki . Banyak juga barang barang baby

    ReplyDelete
  5. Whoa... Moga selamat semua proses kelahiran nanti... Amin ya Rabb..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah murah rezeki baby... Semoga dipermudahkan urusan bersalin cik timm nnt.. aminn..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah murah rezeki ubu dan baby, kakak ipar pun excited.. InshaAllah dipermudahkan urusan bersalin dan berpantang nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ipar ibu tunggal, tu excited sebab ada anak sorg jer, hihi, ni nk dapat lagi sorg mmg seronok sungguh dia..

      Delete
  8. wahhhhh tahniah rezeki utk si kecik... mak dia mesti tersenyum lebar kan? ;-)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com