Monday, August 04, 2014

Aku Nak Lari Dari Rumah!


Amboi, over sungguh tajuk diatas!

Bukan nak lari pun, naik keretapi ke Tanjung Malim. Konon nak travel backpacker dengan abang hujung minggu ni.
Nak travel ni semata-mata nak try naik ETS (electric train service). Balik semenanjung baru aku tau apa benda menatang ni. Tu pun abang yang cerita. Tiketnya dah dibeli pun. Rupanya stesyen keretapi Bukit Mertajam sudah pun dipindahkan ke lokasi yang baru. Maksudnya, segala memori aku naik keretapi zaman matrik dulu tinggal kenangan sahaja T__T

Mengikut jadual perjalanan nanti, 
Jumaat, 8 Ogos 2014
Ekspress Rakyat: Bukit Mertajam-Ipoh, 8:20pg
ETS: Ipoh-Tanjung Malim, 3:00pm

Sebenarnya boleh saja naik KTM terus ke Tanjung Malim. Nama pun nak travel, sengaja nak try naik ETS. Hohoho!*excited sangat sebab selalu naik flight ja..

Sebenarnya tujuan asal adalah semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan family di Shah Alam hari Sabtu. Jadi, kami ke Tanjung Malim untuk stay rumah kakak sulung di Lembah Beringin. Alang-alang nak naik keretapi, dapatlah rasa nak travel yang adventure sikit!

p/s: doakan segalanya selamat..ramai sungguh minggu ni orang bertunang + berkahwin. Tahniah semua!

8 comments:

  1. Bilalah ETS nak sampai Perlis lak yer ^_^

    ReplyDelete
  2. Bagus la dapat jugak pengalaman kan ... Kak Lya singgha sini menabung Invest Smart

    ReplyDelete
  3. salam. ok tak perkhidmatan ETS ??

    ReplyDelete
  4. Wah, macam seronok jek! Nak pergi esok kan? Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dan selamat pulang semula. :) Nanti boleh share kisah travel tue kat blog. :D

    ReplyDelete
  5. kemahen ye nk larik.
    ciksu pon x pernah naik lagi ets ni..

    esok la kan.ga dipermudahkan perjalanan cik timm ye..

    thanks tau :)
    doakan ciksu ye smga dipermudahkan bersalin..

    ReplyDelete
  6. ingatkan nak lari betul betul

    ReplyDelete
  7. seronoknye! adventurous ye korang...cool! :D

    ReplyDelete
  8. haha..ngatkan betol2 la lari td... btw mesti fun kn Timm :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com