Bahan-bahannya:
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair (400ml)
1 cawan gula pasir
2 sudu makan marjerin/mentega
1 cawan air
1 tin jagung
*cawan yang digunakan berisipadu 250ml
Cara-caranya:
1. Masukkan susu cair dan tepung kastard. Kacau supaya tepung kastard tak berketul.
2. Tapiskan adunan tadi sebelum pindahkan ke dalam periuk.
3. Dengan menggunakan api yang perlahan, masukkan gula pasir, mentega, air dan jagung.
4. Kacaulah sampai tercabut tangan tu sebab makin lama adunan tu akan jadi keras dan likat!
5. Kalau adunan makin likat dan berkilat, kira dah masaklah tepung tu.
6. Bolehlah pindahkan adunan tadi kedalam talam atau bekas atau apa-apa je yang sesuai untuk keraskan dia. Kalau nak sedap, bekas tu sapukan dulu dengan mentega.
Selamat Mencuba!
p/s: Dalam masa sehari terus habis..
WAH ..rajinnye timm..rase cm lame da x singgah cini ..huhu ..selamat hari raya timm ::
ReplyDeleteakak suka mkn time panas n lembik lg
ReplyDeletefeveret ni tp xreti sgt buat mst xpuas hati nt hehe
ReplyDelete