Thursday, August 14, 2014

Day 2: Walimahfadilaisyah


Sambungan cerita dari [sini] & [sini]

9 Ogos 2014, Sabtu
Tujuan utama untuk ke sana semata-mata untuk menghadiri kenduri kahwin keluarga di Shah Alam. Disebabkan aku anak bongsu, anak sepupu yang nak kahwin pun sama umuq. Takpa, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, ye dok..

Selepas Zohor, kami bertolak dari rumah kakak di Lembah Beringin, Hulu Selangor ke Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Memang agak senang nak cari lokasi masjid ni berbekalkan peta di kad undangan. Terkezut tengok betapa besaqnya masjid ni..
Sumber: google
Akad nikah pada pukul 11am, dan kenduri pulak bermula pukul 12pm. Kiranya kami agak lambatlah, banyak jugak lauk dah habis. Tak kisah sangat pun, datang kenduri sebab kami berbesar hati, keluarga depa mai beraya dekat rumah dan bagi kad undangan sendiri.

Selepas memberatkan perut dan solat Zohor, barulah syiok nak bergambaq sebab dah tak ramai orang.
Kami bersama pengantin!
Inilah bos aku dulu, Kak Malia merangkap sepupu sendiri. Bos waktu aku kerja [ini].
Parents pengantin perempuan, Kak Linda nilah sepupu kami
Bersama Diana Amir





Macamana boleh terjumpa dengan Diana Amir? Sebenarnya pengantin lelaki ada kembar, Habib+Fadil. Habib tu suami Diana Amir, Fadil pulak dah selamat menjadi suami kepada Aisyah. Itulah ceritanya..

Alhamdulillah, dapat jugak kami datang kenduri yang jauh nun di Shah Alam sana. Famili kami mula rapat pun sebab bermula dari Kak Ayu, Abang Cik + aku pernah bekerja di Salun Kecantikan depa. Selepas sebulan lebih kerja membuang resdung orang, aku tukaq kerja di Kiddies Ride pulak.

Kalau nak cerita bab family ni banyak lagi cerita sebaliknya masa zaman dulu-dulu. Sebab tu orang cakap silaturrahim keluarga ni penting. Lagi satu, kadang-kadang kalau kita pernah buat tak elok dengan orang, one day, tengok-tengok rupanya famili sendiri. Jangan buat main.. Mak sentiasa pesan, 'Sentiasa Buat Baik Dengan Sesiapa Pun!'


Kepada Aisyah, Selamat Pengantin Baru! Semoga rumahtangga yang dibina mendapat berkat dan rahmat dariNya. Sentiasalah beristiqamah untuk menjadi wanita di sisi suami walau dikeadaan susah & senang. Semoga berbahagia till Jannah!


p/s: Terharu sungguh Kak Linda bila tau kami sanggup mai naik train..hehe..

Day 1
Day 3

2 comments:

  1. selamat pengantin baru utk.kesua mempelai...

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru untuk anak sepupu Timm yer ^_^

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com