Thursday, August 05, 2021

Berbaloi Beli 3 Tier Rack Trolley Portable dari MR. DIY

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Bumi Kulim sejuk dibasahi dengan hujan lebat. Tapi badan tetap rasa panas, siang-siang tak nak buka air-cond, nak jimat sikit. Terbeliak juga tengok bil elektrik 2 ke 3 bulan ni sebab rajin pasang air-cond. Dia punya panas tu sampai buat Cik Timm rasa badan lemau dan letih. Hari ni merapu terlena dari petang sampai Isyak! Allahu, sedar je Mr Roy dok kejut, tapi dok mamai tak nak bangun..


Hari ni nak share satu troli comel dari Mr. DIY. Memandangkan semua seksyen Mr. DIY dah buka, seronok sikit ronda pusing tengok barang yang ada. Sebelum ni kan ramai yang complain ada seksyen yang ditutup atau di seal dengan tape kuning. Ronda punya ronda berkenan dengan satu troli kecil ala-ala ikea juga. Tapi harga kemain, dekat Shopee murah lagi. Cik Timm beli dah hari tu tapi pos ke rumah Sungai Ular untuk letak barang-barang berpantang. 

Sakit mata tengok barang baby bersepah dalam bilik. Memang nak beli satu lagi troli, pusing punya pusing ada jumpa satu lagi troli kecil, RM50+ jer. Memang kenalah dengan budget, ambil terus. Warna pun cantik, warna putih dan sangat ringan. Nak pasang pun senang sangat. 


Senang dan memudahkan sebab dilengkapi dengan roda. Nak guna pun senang, sesuai sangat kalau nak letak barang baby. Boleh bawak kesana kemari, baby kan macam-macam kerenah nanti walaupun nak tukar pampers, tambah pulak parents yang blur macam kami ni sebab first time. Dah la dua-dua pun bongsu. Tak boleh bayang kalau #azfajunior ni keluar macamana kami nak handle.   

Tak banyak sebab barang-barang lain dah bawa balik rumah mak sebab berpantang di sana.

Btw, macam-macam lagi kegunaan troli ni kalau korang beli. Nak letak barang-barang dapur pun tak ada masalah sebab berjaring. Kalau nak susun botol-botol sos, nak letak bawang ke, semua boleh! Ada roda senang nak tolak, berbaloilah dengan harga dan kualitinya. Tapi Cik Timm jumpa warna putih ja, warna lain mungkin tiada stok ataupun memang datang dengan satu warna sahaja. 

Boleh tahan berbaloi juga ya barang-barang dari Mr. DIY ni sendiri. Rasanya banyak lagi barang-barang lain dari Mr. DIY macam sabun mandi, shampoo dan banyak lagilah barang dari Mr. DIY. Alang-alang semua seksyen dah dibuka, boleh serbu tengok semua barang. Yang penting sentiasa jaga SOP ya. selepas dok seronok membelek barang gunakan hand sanitizer di kaunter. Biasalah tangan tu asyik memegang macam-macam, tabiat yang susah nak buang setiap kali shopping.  

15 comments:

  1. Macam menarik jer.Bagus jugak kalau guna sebagai rak untuk letak spices dekat dapur😋

    ReplyDelete
  2. Pergi DIY sekarang dah jadi macam terapi. Dah situ je tempat boleh jalan-jalan. OKlah cuci mata, cuci poket, asalkan barang tu diguna

    ReplyDelete
  3. Wah, berbaloi tu! Shopping kat DIY ni memang puas hati. Banyak deal bagus dan berbaloi lagi-lagi time kedai load stok barun :)

    ReplyDelete
  4. Mmg syok dapat ronda ronda walaupun hanya kat DIY kan Cik tim hihi... tulah hari tu nampak kat dIy dah ada jual bekas utk buh sabun basuh pinggan ... kita punyalah nak rak order kat Shopee hihi...

    ReplyDelete
  5. Mmg syok dpt ronda ronda time time cengginikan cik Tim. Syok pi DIY tu, ralit tgk barang. Hari tu tengok bekas sabun basuh pinggan pun ada jual, yang kita punyalah beriya beli kat shopee hihi

    ReplyDelete
  6. Bertabahlah kita bayar bil elektrik sekarang ni dengan cuaca panas. air cond kerja keras. Bagus beli tier rack macam ni siap roda. Senang nak tarik kesana kesini. Cuma tak okay kalau ada baby panjat. takut jatuh terhempap.

    ReplyDelete
  7. nice. simple. boleh guna utk mcm2, kan.
    aida memang suka soping kat mr.diy.
    rak dapur la. kuali pun aida beli kat mr.diy tau.
    bakul utk organize brg. hiasan dapur.
    tu yg malas masuk mr.diy. ada je brg nak dibeli :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  8. Lawa raknya, nampak praktikal senang nok tolak. Kalau masuk Mr.Diy memang rambang mata.

    ReplyDelete
  9. mama suka troli macam ni.. nampak kemas aje kan brg tersusun

    ReplyDelete
  10. wahhh boleh cari ni letak buku2 yg dah xde tmpt nk menyelit lg tu����

    ReplyDelete
  11. Eh? Ada ke bende ni kat DIY?

    Nak cari jugak la... banyak guna ni...!

    ReplyDelete
  12. cantik la rak tu.. busyra suka masuk diy.. hehe.. even kdg tu beli 1-2 brg je.

    ReplyDelete
  13. wah bagus lah 3 tier rack rolley ni ^^ banyak barang boleh letak kann

    ReplyDelete
  14. Nampak praktikal ni. Nak guna kat dapur pun sesuai utk letak sos, kicap & lain-lain. Senang nak tolak ke sana sini. Nanti nak try usha lah kat Mr DIY.

    ReplyDelete
  15. Mmang best shopping di DIY. Belek itu belek ini, berjam-jam juga di dalam tu.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com