Thursday, May 27, 2021

Review: Aiken Prebiotic Moisturiser Hydra Plus with Rice Water

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Racun TikTok!


Taklah racun sangat memandangkan moisturiser yang ada sekarang ni dah habis. But mostly moisturiser sebelum ni jenis yang agak creamy dan likat. Kali ni nak try jenis yang lightweight. Thanks to TT jugak, hihi..


Dah dekat sebulan pakai, memang best, cepat meresap. Semoga moisturiser ni lambat habis sebab 40gm. Selalu beli yang Cosmoderm kuning atau hijau, cepat benar habisnya! Kali ni try moisturiser dalam bekas celup-celup gini pulak. Cuma dari segi hygenic kuranglah sebab kita dok korek-korek dalam bekas tu guna jari. Tak kuasa aih kita nak guna spatula bagai, haha!

Ingredient:
Water, Niacinamide, Glycerin, Betaine, etc. Cik Timm senaraikan bahan teratas je yang Cik Timm rasa bagus untuk skincare routine kita. Niacinamide, selalu beauty guru dalam twitter cerita kan, hampa boleh cari sendiri apa yang best dengan bahan ni. Untuk kulit Cik Timm memang sesuai.

It claims:
1. Natural Prebiotic - meningkatkan sistem pertahanan kulit untuk kulit yang lebih sihat. Kulit lebih licin dan berseri.
2. Air Beras - melembapkan dan mengunci kelembapan dan kulit lebih toink-toink! 

Formulasi:
Water-based, tidak melekit, cepat menyerap dan pH balanced.

Fungsi:
- meningkatkan kelembapan kulit sehingga 200% dan mengekalkan kelembapan sehingga 24jam
- sooth and calms kulit sehingga 96.9%
- mengelakkan kekeringan dan kedutan di wajah

Produk ni bebas 0%:
Paraben, Mineral Oil, Alcohol, Pewarna, Pewangi, SLES/SLS,..

Mula-mula beli tu baru perasan ada include rice water, sebab sebelum ni pernah pakai bedak sejuk. Tapi kulit muka Cik Timm tak tahan, jadi gatal-gatal. Try patch test produk ni dalam seminggu, alhamdulillah tak ada efek apa pun. 


Cik Timm approved produk ni, best sebab cepat meresap. Tekstur dia macam air, sejuk bila pakai. Tambah sekarang ni cuaca panas semacam je. Punya tak selesa walaupun selepas mandi, sebab sentiasa berpeluh. Kalau malam lagi tak selesa macam nak menangis tak boleh tidur. Be strong mummy Cik Timm oi. 

Lagi satu kalau ada yang bertanya, Cik Timm jenis kulit apa? Cik Timm jenis kulit kombinasi. Mostly produk semua boleh pakai, yang penting kena kenal dengan kulit kita sendiri sebab semua orang ada kulit yang berlainan ya. 

Buat masa sekarang ni kulit dah makin ok berbanding mula-mula pregnant dulu. Dulu dengan jerawatnya, mask acne nya, kulit kusam, dan menggelupas. Mungkin sebab hormon kulit kita jadi makin teruk. Sekarang hormon dah makin stabil agaknya, cuma badan sentiasa rasa panas je. Kalau pasang aircond sejuk sangat, pasang kipas pulak rasa tak cukup sejuk. Akhirnya baring je dekat lantai mozek ni, punya sedap bergolek..

Happy trying Guys!

12 comments:

  1. Uit... Mummy to be, jangan baring atas lantai mozek, sejuk nau tak baik untuk tulang. Btw, review macam best. Tak pernah try skincare prebiotic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, syiok walaupun tak elok, kena beli carpet nipis klau cmni..hihi

      Delete
  2. Aiken ni best jugak yg kecutkan jerawat tu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ambik sikit krim, calit dekt tempt2 tersorok mcm dekat area depan telinga, or dekat jawline, tgk ada jadi pape tak lpas letak dlm seminggu. Klau xada gtal2, xda melecet, produk tu boleh pkai 🥰

      Delete
  4. nmpk cm serasi dgn kulit tim ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah serasi, susah nk cuba mcm2 nk tgk suitable ke tak, hihi

      Delete
  5. Boleh pakai untuk pregnant tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite tgk ingredient dlm dia xde pulk yg bhya utk preggy woman, time kite peknen pun kita selalu pkai moisturiser yg ni.

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com