Tuesday, May 25, 2021

Keluarga Cik Timm dah Divaksin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Covid-19 hanyalah sandiwara atau agenda Yahudi?

Macam-macam Cik Timm baca dekat media sosial tentang covid. Ada yang kata tak real pun, cuma agenda je. Ya, golongan macam ni kalau ada salah seorang keluarga dia terkena baru tau langit tu tinggi ke rendah. 

Perasaan Cik Timm waktu mendapat perkabaran berita dari family di Selangor (Kak Pah) terkena positive Covid-19 rasa risau dia Tuhan sahaja yang tahu. Anak saudara sulung terjangkit dari tempat kerja memandangkan dia bekerja dalam bidang yang selalu keluar ke kawasan pembinaan. Nasib baiklah company beliau sentiasa membuat covid testing setiap minggu. Dalam family, cuma terjangkit dengan adik dia je yang masih study di UIA. Yang lain semua kuarantin di rumah menunggu KKM untuk datang ke rumah.

Malangnya, KKM tak datang pun. So, kakak buat inisiatif sendiri self-kuarantin dengan anak-anak dia yang lain di rumah. Risau jugak sebab kakak bagitau dia hilang deria rasa. Selepas 2 minggu, diorang sekeluarga ke klinik swasta untuk buat swab test. Alhamdulillah semua negatif! Kiranya dua orang sahaja yang positif dan memang dah dikuarantin dah sebelum ni. 

Alhamdulillah juga, kedua-dua anak saudara Cik Timm dah bebas COVID-19 dah sekarang ni. Dapatlah mereka sekeluarga beraya bersama. Kami pun bervc je waktu raya lepas. Sedih sebab lama sangat tak berjumpa dengan family dari Selangor ni. Senang cerita diorang ni selalu balik Kedah, tapi due to Covid, nikah Cik Timm pun tak dapat nak join. Allahu..

Vaksin Covid-19


Lega sangat dalam keluarga Cik Timm dah ada penerima vaksin. Orang pertama yang divaksin, Kak Ina. Sebab beliau join sukarelawan vaksinasi under Kementerian Belia & Sukan Daerah Kulim. So, sebelum beliau nak join kena vaksin dulu. Kak Ina punya Dose pertama pada 5 April dan Dose kedua pada 26 April 2021. 

Seterusnya, pada 20 Mei lepas, mak dan juga kakak Cik Timm (Kak Pah) yang di Selangor pula divaksin. Bertambah-tambah lega sebab barrier dekat rumah dah ada. Sekurang-kurangnya telah divaksin. Mak vaksin di Klinik Kesihatan Kulim, di Hospital Lama. Bang Cik yang bawakan, senang dan cepat sebab Bang Cik dah siapkan semua senarai ubatan yang mak ambil sepanjang hidup ni sebab diorang nak tengok kalau ada yang ambil ubat untuk cairkan darah. 


Kak Pah pula ambil vaksin di UKM Bangi. Duduk sebelah Chef Wan pulak hah. Pakat-pakat dok berselfie pulak dengan orang sebelah. Hahaha!


Untuk Cik Timm?

Masih belum mendaftar sebab dalam tempoh pregnant lagi ni. Jadi kita perlu tunggu dulu bagi settle semua urusan pregnant ni. Hehe. Anak saudara yang baru lepas kuarantin tu pula belum boleh divaksin lagi sebab diorang kena tunggu selepas 90 hari baru boleh divaksin. 

Ya Allah, semoga penyakit Covid-19 ni akan terhapus sepenuhnya dari muka bumi ni. Amin..

7 comments:

  1. Itulah, tak kena batang hidung lagi kan, boleh lah cakap tak real, agenda semata mata. Bila dah kena, baru tahuuu real ke tidakk huhuhu. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga Allah perkenankan doa kita semua :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.
    Macam-macam kita dengarkan tentang Covid-19 ini. Apalagi apabila timbul golongan antivaksin. Sepatutnya kena sedar, langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengawal wabak dari terus merebak. Sekarang angka positif sudah mencanak-canak naik. Tak tahu nak kata apa dah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah . Semoga proses cucuk vaksin nnti dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah dapat vaksin. Semoga semuanya akan baik baik je. Aaminn..
    Sempat lagi tu berselfie dengan Chef Wan :)

    ReplyDelete
  5. Semoga kita terus jaga diri dan keluarga. Yang potpet suka keluar cerita dan dakwaan bukan-bukan tu, tak tahulah nak disekolahkan macam mana...
    Jaga diri baik-baik, Cik Timm. Moga sihat, kuat dan bertenaga sepanjang pregnancy ini. 😊

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. iena baru isi yang arini punya tu..sempat la isi tuk familly tp semua date lain2..date sama nk pilih penuh

    ReplyDelete
  7. Akak masih menanti giliran. Dah lepas register astrazaneca tapi Mysejahtera tak update plak. Geram

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com