Thursday, October 01, 2020

Update Maklumat di SPA dari SPA8i kepada SPA9

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! Happynya dapat berblogging semula sebab baru dapat laptop. Laptop dah selesai dibaiki setelah seminggu lebih dihantar di kedai. Ku sangkakan rosak keyboard lagi, tapi tahun lepas dah dihantar repair, tapi rosak balik. Rupanya motherboard dia dah rosak. Memang mahal jugalah ongkosnya. Tapi puas hati sebab dia tukarkan screen yang dah jadi line, install Windows 10, formatkan sekali plus maklumat semua diorang tolong back-upkan dan tukar keyboard baru. Cik Timm sangat berpuas hati dan ada warranti selama 3 bulan. 

So, Cik Timm recommend kedai ni dengan korang, boleh check FB diorang, OK Computer Solution. Lokasi kedai ni dekat area Bukit Mertajam, dekat je dengan tempat kerja lama Cik Timm. Lagi satu, kedai ni orang melayu punya, ala-ala support BMF gittuw. Cik Timm tahu kedai ni pun abang ipar yang recommend. PM punya PM buat comparisan dengan beberapa kedai dekat Kulim, diorang offer murah lagi. Sebab tu Cik Timm ke sana, lagi pun bukannya jauh.

Exam PSEE Pengetahuan Am

Hari ni kebetulan Cik Timm ada exam SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Gred KP29. Kalau nak tahu Cik Timm dah buat ujian kecergasan untuk jawatan ni Februari lepas. Tahun ini bersambung lagi ya, tak sangka pulak lambat betul urusannya. Agaknya sebab Covid-19 semuanya ditangguhkan. Dah settle ujiannya pagi tadi pukul 10-10.35am. Tak rugi study sikit-sikit hari Sabtu lepas. Soalan berbentuk objektif sebanyak 40 soalan perlu dijawab dalam masa 35 minit.

Kalau nak baca pengalaman Cik Timm join exam Februari lepas boleh baca entry ini --> Pengalaman Menyertai Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29

Apakah soalan yang ada dalam exam pengetahuan am tu? 

Cik Timm study apa yang ada dalam laman web official JPAM di www.civildefence.gov.my . Korang baca je apa ada dalam tu, contoh macam logo JPAM, syarat-syarat menyertai JPAM, scroll dan baca je semua dalam tu. Selepas tu, baca juga tentang parlimen, perdana menteri, agong, pelan strategik yang Malaysia buat, jalur gemilang, bunga kebangsaan Malaysia dan juga basic keselamatan tentang api.

Update Maklumat di SPA9


Laman web SPA dah bertukar dari SPA8i kepada SPA9 pulak. Mulai 28 September 2020, semua pemohon perlu mengemaskini balik akaun SPA anda. Cik Timm dah update tadi sebab laptop pun dah ada. Senang sikit bukak laman web gitu dalam pc. Cuma ada beberapa maklumat yang perlu diisi semula macam keputusan peperiksaan PMR, tapi SPM dengan Matrikulasi ada pula dalam tu. Segala maklumat jawatan yang korang dah isi sebelum ini tak hilang. Itu yang penting sebenarnya kan, jangan risau maklumat tu semua ada. Kalau tak jenuh juga nak isi balik, tambah macam Cik Timm pagi tadi yang ada exam tu, mau tak gelabah kalau semua maklumat jawatan tu hilang..

Laman web SPA yang terbaru;

https://spa9.spa.gov.my/login

7 comments:

  1. Good luck. Semoga rezeki berpihak pada Cik Timm.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan cik Tim.. aamiin..

    ReplyDelete
  3. selamat berjaya ya cik timπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  4. Syukur laptop dah okay. Kira laptop baru jugalah ni. dah tukar window dan screen tu. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat kerja nanti. Aaminn

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com