Saturday, October 03, 2020

Covid-19 di Kulim, Beli Sanitiser Baru!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Geleng kepala tengok kes pada hari ni, pada 03.10.2020 kes meningkat sehingga 317 yang melibatkan kes tempatan! Kedah merupakan negeri kedua tertinggi antara negeri-negeri lain. Dan terdapat kes baru yang dekat dengan Cik Timm iaitu Kluster Bah Lunas di Kulim. Kebetulan semasa kes ini diumumkan Cik Timm berada di luar dengan bestfren ronda-ronda Aeon Alma.

Alang-alang disana, Cik Timm singgah di Watsons untuk membeli sanitiser baru. Sebelum ni dah pernah beli tapi dah diguna sewaktu ke Korea tapi ada extra lagi dan satu lagi dah derma dekat Kak Yu. Antara jenama yang dah pernah cuba, Antabax dan Watsons. 

Kali ini Cik Timm beli Mist Spray Sanitiser dari Good Virtues Co. yang berharga hanya RM4.13. Normal price RM5.90 tapi ada PWP dapat less 30% pulak. Jimat di situ tau walaupun hanya seringgit. Seringgit pun bernilai di zaman sekarang ni. 

Mist Spray Sanitiser dari Good Virtues Co.


Bahan utama dia Habbatus Sauda Oil dan juga Aloe Vera Extract. Kalau jenama ni memang kita tau semua produk dia mengandungi Habbatus Sauda. 

Kuantiti: 50mL

Bahan-bahan Terkandung: SD Alcohol 40, Water, Propylene Glycol, Glycerin, Fragrance, Chlorhexidine Digluconate, Aloe Vera, Leaf Juice, & Organic Black Seed Oil. 

Cara penggunaan:

Untuk tangan, anda hanya perlu spray di tangan dan gosok sehingga kering. Jika anda nak sanitise di mana-mana permukaan pun boleh, cuma spray di permukaan. Tunggu sehingga 30 saat sebelum dilap permukaan tersebut dengan tisu atau kain bersih.

Cik Timm dah guna sanitizer ni semasa foodhunting di Ipoh Ahad lepas. Suka dengan bau sanitizer ni, wangi tapi tak terlalu tengik atau kuat. Untuk mendapatkan produk ni hanya ada dijual di Watsons sahaja tau. 

Untuk produk-produk Good Virtues Co. yang lain, boleh layari;

www.goodvirtuesco.com

8 comments:

  1. Suka jenis yang spray macam nie.. senang nak kawal amaun cecair yang diperlukan.. Nanti nak cuba yang ini pula, mesti best sebab bau wangi..

    ReplyDelete
  2. boleh laa nnt terjah watson😊

    ReplyDelete
  3. Baca entri Timm ni baru teringat akak kena cari sanitizer jugak. Berbaloi sanitizer yang Timm beli tu 😊

    ReplyDelete
  4. semoga baik2 sahaja untuk kita semua
    insyaAllah, kita sama2 jaga diri dan orang yang tersayang kan3

    ReplyDelete
  5. Murah tu. Comel pulak dia. Memang suka produk Good Virtues Co ni. Baru tahu ada spray mist sanitizer. Nak beli jugalah :)

    ReplyDelete
  6. wahh boleh cuba ni..iena tak suka pakai sanitizer spray yg ade bau alkohol..
    now iena pakai Bioion Germ-Free Deo-Sanitizer sebab ada macam2 haruman boleh pilih..hehe tp kene letak dlm botol kecik la sb dia botol besar je..
    kalau ade yg kecik mcm ni lagi mudah :D
    nanti boleh usha kt watsons

    ReplyDelete
  7. hai cik timm,semoga kita semua diindungi dari jangkitan covid

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com