Monday, April 20, 2020

DAY 34 PKP: Permohonan i-Lestari KWSP LULUS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!


Minggu lepas Cik Timm apply i-Lestari KWSP. Sebenarnya fikir dalam seminggu juga sama ada nak apply atau tak. Fikir punya fikir, Cik Timm ambil keputusan untuk memohon je. Cik Timm nak check dulu baki akaun 2 KWSP tu. Tapi disebabkan i akaun KWSP Cik Timm tak dapat nak buka sebab ada masalah. Nak reset pun kena ada no. TAC ke telefon bimbit. Masalahnya nombor telefon tu nombor Cik Timm yang lama. Memang tak guna dah.

Call banyak kali KWSP memang tak dapat sebab confirm semua orang call untuk permohonan i-Lestari ni. Mesti talian busy..

Disebabkan keadaan Cik Timm sekarang yang dah tak bekerja, Cik Timm ambil keputusan untuk mohon je. At least ada juga cash dalam tangan kalau ada kecemasan.

Hari ni baru check keputusannya dan alhamdulillah lulus. Bayaran pengeluaran pertama akan dikreditkan ke akaun bermula 4 Mei ini. 

Permohonan i-Lestari Menerusi Online

Kalau ada sesiapa yang nak mohon juga boleh ke link dibawah. Mudah je nak isi. Selepas isi bolehlah check permohonan selepas 2 atau 3 hari. Nak isi i-Lestari tak perlu ada i akaun KWSP pun. Lebih mudah dan cepat! Permohonan menerusi i-Lestari ni bermula dari 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

https://ilestari.kwsp.gov.my/


11 comments:

  1. Nasib baik urusan dia mudah ja kan...
    Baru lepas bayar ptptn guna akaun2 ni...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki tu kan :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..kita punya pun dah lulus dah. tunggu duit masuk je lah

    ReplyDelete
  4. saya pun menunggu tarikh 4hb mei juga

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah, sha pun dah lulus dah boleh la buat tmbh2 sikit blnja dapur

    ReplyDelete
  6. tahniah ya, saya dah lama keluarkan KWSP, kos tu buat tambahan buat rumah alhamdulillah rezeki tu dek..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Mudah urusan.

    ReplyDelete
  8. Sudah lulus dikredit bulan pertama kena tungu tempoh 14 hari...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com