Tuesday, December 04, 2018

Hiking di Taman Negara Pulau Pinang, Pantai Kerachut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua! Kali ni Cik Timm nak share satu lagi aktiviti yang boleh anda lakukan di musim cuti sekolah ini. Bulan Mei yang lepas Cik Timm ada hiking juga di Taman Negara Pulau Pinang, tapi destinasi agak ekstreme di Teluk Kampi. Kali ini bulan Disember, Cik Timm ke Pantai Kerachut pulak. 

Niat di hati nak ke rumah api, atau Muka Head Light House. Tapi tak kesampaian sebab laluan ke Monkey Beach ditutup! Alternatif lain adalah dengan menaiki bot sama ada dari USM atau Monkey Beach. Bila dengar je harganya untuk kami berdua RM70, rasa macam tak berbaloi langsung. Tukar planning ke Pantai Kerachut je. 

Mendaftar di Pusat Pelawat 



Selepas daftarkan nama di Pusat Pelawat, renjer akan tanya destinasi kita ke mana. Sedihnya bila dapat tahu laluan hiking ke Muka Head Light House ditutup. Dekat sini kita akan diberikan peta laluan ataupun sebenarnya permit untuk memasuki Taman Negara ini. Free je masuk sini tau. 



Laluan yang biasa akan dilalui adalah lalaun berbatu di tepi pantai. Cik Timm memulakan perjalanan dalam pukul 8.20am. Matahari pun baru nak bersinar manja, memang cantik sangat kalau bergambar. Lepas tu akan melalui Jambatan Pasir Pandak. Dekat sini akan ada dua laluan, ke kanan untuk ke Monkey Beach, Muka Head Light House. Laluan ke kiri untuk ke Pantai Kerachut, atau ke Teluk Kampi. Kami ke kiri untuk menjelajah Pantai Kerachut. Hiking pertama kali yang lepas tak sempat nak explore apa yang ada di Pantai Kerachut. 

Hiking selama 1jam 20minit ke Pantai Kerachut



Laluan memng dimulai dengan memanjat ke atas. Penat jugak sementara nak sampai di laluan yang landai. Sempat juga nak bernafas, kalau ikut memang boleh sampai ikut masa yang ditetapkan sebab kami tak stop sangat untuk berehat. Stop untuk bergambar je banyak. Hehe, sebab tak jumpa pengunjung lain pun. Agaknya sebab hari weekdays memang tak ramai orang. 


Sambil hiking boleh dengar bunyi unggas-unggas dan sungai. Tenang je fikiran walaupun peluh mercik macam air terjun. Biasalah, dah lama tak buat aktiviti macam ni. Berbulan-bulan tinggal, so badan jadi lemau je.



Sampai di pondok paling besar, laluan Bukit Kayu Hitam kami stop sekejap untuk breakfast. Baru jumpa dua orang pelancong asing dua orang perempuan. Duduk rilex sekejap, phone pun tak ada line dah. Lagi rasa seronok sebab semua mesej kerja ditinggalkan untuk seketika. Yahoo!!




Dua Laluan untuk ke Pantai Kerachut




Baru Cik Timm tau laluan ke Pantai Kerachut ada dua. Laluan ke kanan anda akan lalui Tasik Meromiktik. Laluan ke kiri anda akan lalui jalan untuk ke Teluk Kampi. Kali ini kami ke kanan sebab sebelah kiri dah pernah lalu dah. Laluan dia curam je bawah sahaja. Lepas tu akan pusing keliling Tasik Meromiktik. Waktu kami ke sana, air surut jadi tasik memang kering kontang tak ada air. Nampak je dari jauh ada jambatan menghala ke laut, dari letih terus dapat kekuatan untuk berlari ke sana. Bayangkan excited sampai boleh lari ke situ. Mak aih..

Jambatan Pantai Kerachut



Sila ambil gambar banyak-banyak di sini. Kami beruntung sebab tak ada orang langsung. Kami dua je, memang bergambar sakan. 


Apa yang menarik tentang Tasik Meromiktik ini?



"Tasik ini hanya wujud satu-satunya di Malaysia, malah hanya ada 12 tempat sahaja di seluruh dunia! Meromiktik bermaksud dua lapisan air iaitu air laut & air sungai yang tidak bercampur antara satu sama lain. 

Tasik ini berkeluasan 2.77km persegi dan kedalaman maksimum mencecah 9kaki. Jika air tasik ini penuh, ia mampu membekalkan air untuk 2, 500 buah rumah selama setahun! 

Pepatah mengatakan, sekali air bah sekali pantai berubah merupakan perumpaan yang sesuai dengan tasik ini."

Disebabkan tasik mengering, dapatlah kami jalan-jalan dibawah tu. Ada ikan belacak, ketam, anak-anak ikan. Bahaya juga jalan bawah tu sebab tanah tasik tu macam tanah pasir jerlus. Bau tanah pun masam-masam macam paya bakau. 



Lama ambil angin di tepi pantai, awan hitam mula berarak. Baru nampak ada pengunjung lain yang ke sini. Pukul 11am hujan! Kami berehat dulu bawah pondok berdekatan dengan jeti sementara menunggu hujan berhenti. Dalam pembacaan ada kawasan santuari penyu dekat sini. Tapi kami tak nampak pulak. Hujan berhenti, kami ke jeti untuk bergambar. Jumpa pak cik bot, dialah yang bagi info tempat penyu tu hujung lagi ke sinun. 


Pusat Konservasi & Penerangan Penyu atau Turtle Conservation Information Centre




Memang ada penyu dekat sini, dalam 3 jenis je ada dekat sini. Semua dah besar, baby penyu tak ada pulak. Dalam telur lagi kot. Hehe, rindu pulak zaman study dulu ada juga pengalaman tengok penyu bertelur dan telur tu kami ambil untuk disimpan di tempat yang disediakan untuk mengeraman. Semuanya merupakan proses untuk memastikan spesies penyu sentiasa terpelihara dari kepupusan. 




Selain itu, di sini juga pernah ada ikan lumba-lumba yang mati terdampar. Tulangnya diawet dan ada disimpan di sini. 

Balik Menaiki Bot



Untuk balik kami menaiki bot je dengan cas RM20 satu kepala. Itu pun kami tumpang-tumpang je. Teringin pulak nak naik bot. Pak cik tu bawa kami pusing-pusing tengok lokasi Monkey Beach, Muka Head Light House dan juga beberapa batu di tepi laut yang menyerupai haiwan. Ada yang berbentuk arnab, penyu dan paling real! Kepala buaya! 




Kami naik bot dalam pukul 12.30pm lebih, sampai jeti pun sekejap je dalam 15 minit. Alhamdulillah perjalanan kami pergi dan balik selamat. Adakah kami akan ke sini lagi? Yes, absolutely! Misi seterusnya untuk menaiki Muka Head Light House. Tapi kena sabar menunggu sementara kerja baik pulih selesai. Tak tahu pulak bila akan siap..

3 comments:

  1. Wah, cantik la. Teringin nak pi...

    ReplyDelete
  2. naik kot tangga tu penat kot.. walaupun dia dekat, tapi naik straight.. suka pi yg kot jauh tu sikit, lebih santai.

    ReplyDelete
  3. bestnya, teringin jugak nak hiking

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com