Friday, September 19, 2014

Resipi: Decoration Cookies


Cu cak! Apa yang dalam balang tu?

Dah lama tak mem'baking', rasa gatal tangan pulak. Kali ni nak try decoration cookies ataupun biskut mentega sebenarnya. Seronok tengok Door Gift majlis perkahwinan bagi cookies cecomel dalam kotak. Rasa macam nak buat sendiri pulak.

Bahan-bahannya:
250 gm mentega (aku guna marjerin Daisi sebab banyak dirumah)
100 gm gula halus
1/2 sdt esen vanila
1 biji kuning telur
350 gm tepung gandum
2 sdm tepung jagung

Cara-caranya:
1. Pukul marjerin + gula sampai kembang.
2. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
3. Campurkan dengan telur dan kacau lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum + tepung jagung yang dah diayak. Lagi senang uli dengan tangan. Kalau doh macam lembik lagi, boleh tambahkan dengan tepung gandum.
5.Siap doh, simpan dalam peti ais sekejap.
6. Dah siap tuan punya badan wangi-wangi, bolehlah keluarkan doh. Bolehlah canai dan terap dengan acuan yang anda suka. Disebabkan semua acuan terap aku terlalu kecik, DIY penutup bekas pencungkil gigi jer. Hehe..
7. Dah siap, bakar biskut pada suhu 180C selama 45 minit.*ikut kepada ketuhar memasing yer
biskut, biskut mentega, biskut hiasan, door gift
8. Selepas biskut dah sejuk, bolehlah kita buat aising untuk topping biskut.

Bahan-bahannya:
200 gm gula halus (sila kurangkan mengikut kesukaan tahap manis yang kita suka)
1 biji putih telur
1 sdt perisa strawberi (ikut suka nak perisa apa pun..)
1 sdt pewarna merah

Cara-caranya:
Pukul putih telur sambil masukkan gula sampai kembang dan masukkan perisa. Bahagikan dua bahagian aising, satu bahagian aising tak berwarna (putih) satu bahagian lagi campurkan dengan pewarna merah.
Masukkan dalam piping beg dan selamat berdeko! Kalau tak ada piping beg, boleh gunakan plastik biasa yang nipis supaya senang untuk dipicit.
Biarkan aising mengeras sebelum disimpan didalam bekas kedap udara. Disebabkan semalam aku dah mengantuk, aku bakar sekejap biskut menggunakan api atas sahaja selama 5 minit. Jangan lama-lama tau! Sekadar untuk keraskan aising sahaja.
biskut, biskut mentega, biskut hiasan, door gift
Biskut ni kalau dah disimpan dalam bekas comel boleh dihadiahkan kepada mak mertua. Acewah, untuk sesiapa pun boleh~
biskut, biskut mentega, biskut hiasan, door gift
Selamat Mencuba!

p/s: mood memasak dah kembali..

17 comments:

  1. mak ai, rajinnya... lawa pulak tu... sayang nak makan..

    ReplyDelete
  2. Zumal pun dah gatal tangan nak membaking nie. Leh la try ^_^

    ReplyDelete
  3. comelnya biskut yg timm bill buat tu..klu jual mesti laku..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..slalu org buat utk knduri kan sbg door gift..

      Delete
  4. wah comelnya biskut...tak sangka cik tim pandai baking..he..he

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum timm...wah bestnya rasa nak buat jer..:)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com