Ada beberapa soalan yang kerap ditanya pada aku. Tapi, aku kan seorang pemalu, kalau orang yang tanya tu depan-depan aku senyum comei, kalau orang yang tanya aku dalam fb ke, aku jawab no komen atau macam-macamlah alasan lain. Nak tau jawapan yang sebenar?
Soalan 1: Bila hang nak kahwin? Kami semua ada tunang, boyfie, anak dua 3 orang, blabla and bla..
Jawapan 1: Baguihlah kalau hampa dah bahagia. Aku pun tumpang bahagia sekali. Nak buat macam mana, tak ada jodoh lagi. Ok, itu jawapan klise. Aku belum ber'whatsoever' sebab Allah tau aku ni belum bersedia dengan semua benda ni. Jadi tak sesuailah kot nak menjaga anak teruna orang oii.
Tunggulah aku ada kerja dulu, harta dulu, dapat tidoq bawah ketiak mak puas-puas dlu. Cukuplah selama aku hidup 22 tahun ni merantau sebab belajaq. So, this is the time for me to spend time with my family especially my MAK.
Soalan 2: Ni anak mak ngah yang mana ni? Mak ngah ada anak kecik lagi ka?
Jawapan 2: Mak ngah stand for my mak. Selalunya ni soalan kalau berkumpul adik beradik atau pi kenduri mana-mana. Selalunya anak bongsu ni selalu ketinggalan kalau bab-bab kenal mengenal ni. Agaknya salah aku jugak kot sebab dulu suka mengorok dalam bilik kalau orang berkunjung. Teruknya perangai! Sekarang tak buat dah perangai macam ni..
Hari tu pun masa kenduri kak yu jenuh meng'explain' aku ni anak bongsu. Lagi satu, rutin harian duduk asrama, study di Perlis, lepas tu lari ke Sarawak pulak. Lagi aku jarang-jarang balik mak cik-mak cik oi..
Soalan 3: Ni adik yang kecik sekali? Ni maksu kau ke?
Jawapan 3: Cuti panjang selepas SPM aku tinggal lama jugak dengan akak sulung di Lembah Beringin. Bayangkan anak saudara yang sulung beza dengan aku cuma 4 tahun. So, kalau ke mana-mana kekawan anak saudara tak percaya depa ada mak saudara yang bebudak lagi. Nasiblah..
Lagipun jarak antara aku dengan anak sulung sangatlah jauh, macam anak dengan mak.
Waktu aku baby pun akak sulung yang selalu jaga aku, sebab tulah dulu aku banyak gila koleksi gambar, baju cantik-cantik, mainan..senang cerita zaman kecik-kecik dulu, apa anak saudara aku dapat, aku pun akan dapat!
Soalan 4: Amboi, bahagia sekarang dengan pakwe..
Jawapan 4: Owhkey, ni kes aku sentiasa keluar dengan seorang jejaka ini kan. Jejaka ni kawan aku je. Ok, jawapan klise lagi. Untuk pengetahuan semua, jejaka ni satu mak, satu bapak dengan aku. Senang cerita, jejaka ni abang aku sendiri. Dah kami je bujang trangtangtang, sebab itulah rapat.
Soalan 5: Bila awak nak kawin dengan saya?
Jawapan 5: Err, dah mula merapu..hehehe..abaikan yer soalan merapu ni..
Semalam angin kuat betul, macam nak tercabut pokok deghian kat ghumah ni..Dah masuk 6 bulan MH370 hilang dengan misteri kan..
hehehe...best la ad anak sedara yg lbh krg baya...nanti sll jd awet muda hahaha
ReplyDelete2 la pasai..hehe..
Deleteheheh..
ReplyDeletesoalan nombor 5 tu best jawab.
bukan soalan merapu tue.
soalan wajib :)
hehe..klau org yg tnya tu serius boleh la jwab..haha! ni memain rsa nk putaq je kepala tu..
Deletehehe..baru umur 23 dah kena tanya ke?
ReplyDeletedah kena dah pun, sebab semua pkat2 dah kawen..
Deleteanis ygu mo 22 pon dh ade yg tanye.. bile nak kwen.. aduhaiii... eh ingat gambar tu pkwe td..hahah... hensem.. kirim salam ye..hikhik.. nasib baik xckp sepadan td.. abg rupenye.. hihi
ReplyDeletehensem..emm, kembang la dia..huhu..
Deletedah lali dgn soalan kahwin ... jawapan standard ' itu urusan Allah " .
ReplyDeletePenat nak jawab ya cik Tim..he..he
ReplyDeleteyang last sekali tuh mesti cemas nak jawab kan.. hehehe
ReplyDeletesalam. soalan no.5 sy suka hehehehe
ReplyDeleteOrang selalu tanya zumal 'bila boleh makan nasi minyak zumal yer?' Dengan suka hati zumal jawab 'Mai la rumah hujung minggu nie zumal buat nasi minyak, lauk macam-macam tau' kikiki ^_^
ReplyDeletehehe... untung ad abg kandung ley manje2 lau nk pape..nk2 kalau dpt abg yg sporting ..huu
ReplyDeleteAww.. Soalan last tu like siyesli? xD
ReplyDelete