Tarikh: 3 Jun 2014Lokasi: Sarawak Cultural VillageAnggota: 6 orang, housemate+seorang kawan housemateBayaran: RM15 (student rate*pastikan bawa kad matrik)
Sebenarnya masuk kali ni, aku dah 2 kali menjejakkan kaki di Kampung Budaya. Sebab nak jaga hati diorang, aku ikut sajalah. Kami sampai dalam pukul 11:15am. Terus masuk dewan teater untuk persembahan budaya.
Memang seronoklah sebab dia tunjuk semua tarian etnik di Sarawak.
Selesai persembahan, kami solat Zohor dulu di surau. Jangan risau, pihak mereka memang menyediakan surau siap dengan aircond lagi. Jadual solat pun ditampal untuk memudahkan pelancong luar untuk rujukan masa solat.
Meh nak zoom lagi keistimewaan tempat ni,1. Grand entrance2. Chinese Pavillion3. Souvenir Shop4. Restaurant Budaya5. Theatre6. Rainforest Music House7. Bidayuh Longhouse8. Iban Longhouse9. Rainforest Stage10. Dewan Lagenda11. Persada Alam12. Penan Hut13. Orang Ulu Longhouse14. Swordmaking Foundry15. Melanau Tall House16. Sago Processing Hut17. Malay Town House18. Top-spinning Arena19. Pottery20. Chinese Farm House
Kampung Budaya dibina dengan mengelilingi tasik, jadi kami perlu pusing untuk merasai semua rumah yang dibina berdasarkan etnik masing-masing.
Selain tu, setiap rumah ada buat demonstrasi buat kuih etnik masing-masing. Pelancong pun boleh membeli kalau nak. Kalau nak cuba kostum pun boleh, tapi perlu disewa.
Mencuba tarian buluh ni di rumah panjang Melanau.
Dah penat pusing, bolehlah ke Kedai Cenderamata. Bermacam-macam cenderamata dari etnik Sarawak dijual. Kain pua, manik, t-shirt, keychain, lada hitam.Untuk informasi, harga tiket untuk orang luar adalah RM60*mahal sungguh kan, tapi berbaloi..
Perut lapar tak boleh nak cakap lagi, kami dah prepare makanan. Depan Kampung Budaya ada gerai tempat makanan. Tapi mahal, jadi kami masak bekal dari rumah. Disebabkan cuaca panas tersangat, kami berpiknik di Pantai Pandak. Punyalah ramai manusia di situ. Agaknya sebab musim cuti sekolah..
Selesai makan, kami ke Plaza Merdeka untuk solat Asar & Maghrib di sana. Sebenarnya, aktiviti utama hari itu adalah..
nak sambut birthday 3 orang bebudak ni..
Lokasi: Annuar Steamboat
Harga per person: RM22
Itulah kesudahan cerita yang panjang ni. Balik rumah badan + baju berbau bermacam-macam perisa.
Zzz..
abe kie mengajar di sabah dulu...tp sarawak x pernah jejak..pas ni kot cuba ke sana..
ReplyDeletemeh la melawat srawak~ sila2..
DeleteSaya mgkin akan ke Sarawak tahun depan. inshaallah. boleh la jadi tour guide nanti kan? hehehehe.
ReplyDeleteaiyak, tahun depan cek xdak dah kt sini..dah balik semennjung~ hehe..
Deletesalam. orang sarawak rupanya, sy orang sabah hahahhaha
ReplyDeletehi jiran..heheheh :P
hye cik itah..timm study je kt sni..tpi org semennjung..hehe..
Deletetempat yg nak tuju kalau ke sarawak satu hri nnti. in shaa Allah.
ReplyDeletekalau dewasa harga biasa brpa cik timm?
Teringin nak pergi tapi jauh tu..bestnya
ReplyDeletetak banyak maklumat tpt menarik kat sarawak di blog . bagus klu dpt explore lagi ...
ReplyDeleteKat sabah pula ada kampung budaya Mari Mari Cultural Village dan Monsopiad Cultural Village...kalo dtg sabah jgn lupa berkunjung ke tempat ni...leh tgk mcm na keadaan kampung budaya di sabah :)
ReplyDelete