Friday, May 06, 2011

Hari Ibu..

Salam n Salam Sejahtera

Alhamdulillah.. Aku akhirnya dah sihat dari ulser lidah. Dapat la aku makan sepuas-puasnya. Tapi, sekarang ni macam dah hilang selera makan. Sebab apa ya?

Tak apalah.Yang pastinya sekarang ini kecoh satu rumah aku pasal Hari Ibu. Kak Minnie kecoh sebab ingat dah terlepas nak ucap kot. Syarikat-syarikat telekomunikasi pula asyik hantar mms Hari Ibu. Begitu besar impak Hari Ibu ini.

Hari Ibu disambut pada 8 Mei setiap tahun. So, Kak Minnie, tak terlambat lagi daa. Rasanya tak berselera nak makan sebab rindu mak kot?

This is my mum. We look different right?



Mak aku :
  • Dah berumur dah, tahun ini, mak dah 62 tahun.
  • Mak suka kucing, kucing dekat rumah itulah penemannnya!
  • Mak sporting.
  • Mak sweet.
  • Mak sentiasa suka bagi nasihat dekat anak-anak dia.
  • Syukur alhamdulillah, mak dah menunaikan fardhu haji pada Hari Raya Haji lepas.
  • Mak merupakan ibu tunggal apabila arwah ayah meninggal sewaktu aku 14 tahun.
Apa-apa pun, tidak semestinya waktu Hari Ibu sahaja kita nak ingat mak kita, cium mak kita, peluk mak kita. Macam iklan dalam HOT fm, "walaupun kita dah besar, bagi mak kita, kita tetap anak kecil baginya". Lebih kurang gitulah iklannya. Ini terbukti apabila aku tengok sendiri mak selimutkan anak-anak dia yang dah tua bangka. Hahaha!! Jangan marah ye kakak-kakak dan abang aku kat rumah tu.

Buat semua ibu-ibu di seluruh dunia, 
SELAMAT HARI IBU
(To all the mum in da world, 
HAPPY MOTHER'S DAY)

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com