Sunday, March 21, 2021

Restoran Makanan Western Tersedap di Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai korang! Dekat Kulim sekarang ni macam-macam kedai makan dan restoran dah naik. Tambahan pula yang menjual makanan western, tetapi nak mencari yang sedap tu memang susah. Kebanyakannya agak membosankan sebab semua nak sama jer. 

Cik Timm cadangkan korang try western food di Restoran AJ Bakar House, Barbeku dan Grill. Sumpah tak menyesal kalau makan sini. Kedai dia kecik je, tak banyak meja. Tapi memang tak rugi sebab sedap dan makanan dia lain dari yang lain. 


Lokasi: 502, Lorong Cengal Kuning, Taman Bersatu, 09000 Kulim, Kedah


Dah 3kali Cik Timm repeat makan dekat sini. Mula-mula Cik Timm datang menu tak banyak lagi, sekarang makin banyak. Apa yang Cik Timm suka dia punya portion yang banyak, sesuai dengan harga, presentation pun simple tapi nampak eksklusif. 

Waktu first time makan sini, sedap mushroom soup dia. Wajib try okeyh!


Kalau orang sekitar Kulim ni malas nak keluar, perkhidmatan delivery dari Food Panda pun ada. Search je "AJ Bakar House". 


Yang ni wajib try, baru-baru ni pi dinner sana menu pun banyak dah tukar. Makin banyak, yang ni Grill Chicken Peri-Peri. Memang sedap, dah la Cik Timm mengidam nak makan Nandos tapi nun di Alma, tak dapat nak rentas negeri. Dapat makan sini pun dah bersyukur. Sedap, ada ayam grill dengan sos sedikit masam, chips, coleslaw dan garlic rice. Recommended untuk korang try sebab memang sedap! Lagi sedap sos dia dari yang Nandos sebab bagi Cik Timm terlalu masam. Yang ni just nice jer..

Ini pun sedap jugak, Dirty Fries (DFF) Fries. Dalam dia ada fries, cheese dan juga ketulan daging. Makan ni saja pun boleh kenyang tau. Daging dia pun sedap tak liat pun.

Nak repeat lagi ke lepas ni? CONFIRM!

Kalau nak stalk sosial media diorang pun ada juga,
Facebook : AJ Bakar House
Instagram : aj_bakar_house

4 comments:

  1. Menyelerakan hahah. Nasib jauh, pkpb dan tgh pantang skrg ni 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. nnti dah boleh rentas daerah n negeri, boleh la pi try

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com