Thursday, March 18, 2021

Sushi Seringgit di Tesco Kulim!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

EH! Tesco pulak, sekarang dah tukar nama Lotus lah. Tapi still nak panggil Tesco tak apa kan? Rasa macam pelik pulak nak panggil Lotus. 

Craving nak makan sushi seringgit dekat Kelang Lama. Tapi ramai betul umat manusia beratur. Kalau dah  viral memang ramailah orang yang beratur. Tak kuasa nak tunggu lama. 

Kebetulan ke Tesco untuk beli barang-barang dapur. Selalu beli sini sebab senang, semua ada. Guna Scan & Shop pula, lagi memudahkan kerja shopping ni. Dalam Tesco ni ada satu kedai makan Le Aroma Cafe, dekat sini pun ada juga sushi seringgit tau!



Jadi setiap kali shopping sini memang akan singgah beli sushi dekat sini. Sushi dia cecomel kecil je. Tapi oklah setakat nak makan nak hilangkan craving. Nak buat sendiri memang malas. Amaran, dia punya wasabi memang pedas gila. Tak pernah lagi makan wasabi sepedas macam ni, mau terbatuk kalau makan, letak ciput je walaupun Cik Timm ni hantu wasabi. 



Sushi dekat sini hari-hari ada. Kalau habis diorang akan topap sebab diorang buat fresh dari dapur tu hah. Worth to try tak? Yes! Cik Timm dah repeat dua kali beli dekat sini. Selamat Mencuba!


4 comments:

  1. Pernah try sekali makan sushi, tapi tak boleh terima :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada je org yg xsuka sushi sbb pelik katanya, haha!

      Delete
  2. Yg suka sushi mesti serbu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentiasa tgk org singgah membeli lepas shopping, hihi

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com