Sunday, September 30, 2018

Pengalaman Setahun Sepuluh Bulan dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!

Lama gila tak menulis dalam ni. Terlalu sibuk sampai malas nak bukak lappy. Internet pun dah tak ada sebab Cik Timm dah terminate YES punya Broadband. Nak berjimat sikit dan nak tukar pakai telco lain pulak.

Untuk post mengenai braces kali ni Cik Timm nak rangkumkan 3 sekali appointment yang dah pergi. Dari 11 dan 27 Ogos dan 25 September 2018. 



11.08.2018 - Bulan Ogos tu dua kali sebab bulan Julai tu memang tak ada appointment sebab Doktor pi umrah kalau tak silap. Bayar setiap appointment macam biasa, memang RM200. Tukar getah baru je, ambil warna putih, baru seminggu getah dia bertukar warna kuning dah. Haha! Dah macam t**k gigi. 


27.08.2018 - Appointment kali ini cuma bayar RM100 sebab pakai powerchain dekat bahagian atas je. Bawah getah biasa. Tapi ada dua powerchain, besi twist & elastik powerchain. Memang sakit dari biasa. Lagi banyak pressure yang diletak sebab bulan depan Doktor nak pasang bracket di gigi geraham. 


25.09.2018 - The most pain ever selepas appointment ni. Walaupun powerchain atas sahaja tapi punya sakit mulut minggu ni. Sakit sebab ulser (mata ikan) dekat bibir depan bawah. Lepas tu dengan 4 bracket baru dipasang atas dan bawah gigi geraham. Memang sakit sementara nak adapt, nak makan memang susah sebab gigi geraham tu dikacau. Allahu..sabarlah..lagi 6 bulan lagi kalau paling cepat pun. 

Sakit sebab kalau ulser je mesti bibir tu bengkak macam angelina jolie. Rasa bibir tu tegang je. Sentiasa letak vaseline sebab kalau kering sangat nanti pecah & berdarah. Air suam minum dekat 3 botol pun tak jalan, rasa badan panas je. Dah la tempat kerja baru ni panasnya ya ampun, sampai rasa nak bebal!

3 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com