Sunday, December 11, 2016

Day 3: Tempat Best Untuk Shopping di Pulau Pangkor PART 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Selepas mandi wangi-wangi, rehat sekejap, golek-golek. Penat berenang-renang mandi laut. Biasalah, dah lama tak exercise. Aktiviti seterusnya, shopping! Shopping apa? Shopping hasil laut di Kilang Pak Su. Dulu pakcik ni buat secara kecil-kecilan je di rumah. Kebanyakan peniaga hasil laut sini dimonopoli oleh kaum Cina. Tapi, Pak Su ni kira nak memartabatkan hasil laut beliau jugak, maka terhasillah kilang sendiri. Beli di kilang best sikit, sebab boleh dapat murah.



Secara kebetulan, ownernya iaitu Pak Su ada di kilang. Terus dia bawak kami pusing satu kilang tengok sendiri macamana proses menghasilkan sate ikan dan mesin-mesin canggih yang digunakan. 
Segala macam hasil laut kering boleh beli,







Ini memang sedap, serdak dari ikan punya keropok tu. Dapat sebekas Pak Su bagi, sedap kot kunyah-kunyah. Tempat ni pun banyak kucing-kucing gemok. Cukup makan ni, untung ler..


Banyak juga memborong barang dekat sini, tambah-tambah ikan bilis dia. Memang berbaloi sebab sedap kot, lagipun semua barang-barang sini fresh, harga pun berpatutan. Kalau rasa tak sure rasa ikan-ikan bilis dekat sini, pekerja dia siap gorengkan semua jenis dan boleh rasa sendiri. 

Ini stok untuk setahun ye..haha!

kilang paksu

Entry yang akan bersambung-sambung-sambung dan sambung.. 😜

DAY 1: 1st Checkpoint di Kuala Lumpur
DAY 2: Trip ke Pulau Pangkor
DAY 3: Snorkeling & Rendam Time PART 1

4 comments:

  1. wah baru tahu pasal kilang pak su ni...lepas ni boleh terjah ...bagus juga ada perniagaan muslim disini

    ReplyDelete
  2. Tak pernah sampai sini lagi..sob sob

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com