Thursday, December 08, 2016

Makan-makan di Seoul Garden

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tarikh: 6 Dec. 2016
Lokasi: Seoul Garden Juru Auto-City
Harga per pax: RM47+ kot..

Setelah perut kosong dari pagi akibat cirit birit, malam tu dapat melantak dengan rakusnya. Dah tak pandang kiri kanan. 
Dah lama teringin makan steamboat di Seoul Garden, tapi belum berkesempatan lagi. Akhirnya rejekiii..


Kami ambil dua meja, then staff dia sediakan kuah sup dengan tomyam dengan bekas sampah untuk buang sisa makanan. Wee~~lepas tu bolehlah cari makanan untuk diisi..



Brupp, semua ada dekat sini. Rugi kalau makan sikit-sikit, bayar mahai tau. Cik Timm makan nasi goreng, tambah lagi maggi, tak termasuk yang bakar-bakar tu. Aumm, serius sedap dan kenyang.
Settle makanan berat, mula makan rojak, ada chocolate fondue dengan buah. Yum-yum.




Kek dengan aiskrim pun Cik Timm balun. Mulut ni tak reti stop dari mula masuk sampai nak balik. Tapi pastikan makan habis tau. Tak baik membazir, kesian orang kat luar tu nak makan sebutir nasi pun payah..

DAY 20: Dengan keadaan gigi yang baru ni, makan langsung tak mengganggu. Dah mula selesa, cuma kejap-kejap asyik menggentel gigi dengan lidah sebab makanan sangkut! 😷

Disebabkan malam masih muda, kami berpeleseran bergambar dulu dekat Auto City yang ala-ala I-City ni,






Ambik hang, perut penuh tak mampu nak bangun dah.



Sebelum balik pun sempat lagi ke Uptown Perda. Rambang mata oi, macam-macam ada~

Nasib baik esoknya cuti, dapat tidoq dengan lenanya.

5 comments:

  1. Soul Garden tuh dekat sgt dengan rumah tapi tak pernah try lagi.huhu

    ReplyDelete
  2. Laaaaa.
    Janganlah guna perkataan melantak. Perkataan yg lebih sesuaikan ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa boleh buat, gegadis utara ni mmg kasar tapi hati baik, haha!

      Delete

    2. Iove the answer.
      Lovely.
      Salam jumaat.

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com