Wednesday, September 02, 2015

Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Secara kebetulan Hari Kemerdekaan Isnin lepas aku masuk kerja pukul 1. Dapat pi Dataran Merdeka!

Pertama kali dapat tengok perarakan secara live. Walaupun agak lewat aku sana. Dapat jugak tengok abam-abam ashkar berkawad..
31ogos, sehati sejiwa, hari kebangsaan
Nasib badan la, memang jenuh terhendap-hendap disebalik orang sebab nak tengok orang berkawad. 
31ogos, hari kemerdekaan 2015
Punya pusing nak cari tempat duduk penonton. Akhirnya dapat jugak view cantik punya..
31ogos, hari kemerdekaan 2015
Selesai perarakan, aku ke tempat dimana bendera Union Jack telah diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan pada malam 31 Ogos 1957.

Info Dataran Merdeka;
  • Dulu dikenali sebagai padang kriket Kelab Selangor, Padang Kelab Selangor.
  • Tiang bendera setinggi 95m iaitu tiang bendera tertinggi di dunia.
  • Bangunan Sultan Abdul Samad yang cantik itu dibina pada tahun 1897 dengan seni bina Moorish. *info dari Berita Harian

31ogos, hari kemerdekaan 2015
Sementara ada di Kuala Lumpur, redah je apa yang ada. Punya ramai manusia, bukan orang Malaysia saja, warga asing pun ramai sungguh untuk memeriahkan suasana. Baru nampak warga kota ni hidup. Kalau tak semua sibuk dengan kerja-kerja-kerja.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2015.

P.s: apa cerita anda cuti merdeka ni? Cer kongsi..

11 comments:

  1. wahh.. teringin jugak nak rasa.. cuma tak berkesempatan.. plus tak dak geng.. heee

    ReplyDelete
  2. Assalam timm,
    waaaaaaaaaaaaa
    akak jugak yang tak pernah join perbarisan ni he3

    ReplyDelete
  3. x penah p tgk perarakan merdeka lg...x rajin...koh3

    ReplyDelete
  4. Pernah sekali ja gi tengok perbarisan di Dataran Merdeka

    ReplyDelete
  5. bila pergi tu mesti tetiba semangat patriotisme naik kan

    ReplyDelete
  6. ehehe tak penah tengok.. sebab tak rela duduk bawah matahari..
    omputih mmg ske tngk event2 macam ni.. diorang ske tngk culture baru..

    ReplyDelete
  7. Teringin nak tengok perbarisan di Dataran Merdeka tu...

    ReplyDelete
  8. lama tak menunggu, jenuh gak llaa panas2 gituu ye..

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat p kan tapi panas tu huhuhu

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com