Friday, May 30, 2014

Review: Enchanteur Paris Whitening Body Lotion


Sarawak ni nama ja banyak hutan, tapi panas dia "yaqpursallam". Aduhai, dulu aku sentiasa pakai kasut sneakers. Jadi putih sungguhlah kaki kalau nak dibandingkan dengan muka. Disebabkan kejadian kaki aku jadi sakit tu, maka aku kurangkanlah memakai kasut bertutup.

Masalahnya, sebulan aku bertukar kasut sandal, berbelang kaki! Masalah besaq ni. Aku tengok dah macam alien dah. Tengah kaki hitam, keliling putih. 

Demi untuk mengembalikan kecantikan kulit sebenar, aku mencuba produk terbaru dari Enchanteur Paris. Body lotion atau serum ini ada 4 series.

All-in One Whitening
Set ini ada banyak kegunaan, untuk memutih, melembut dan ada pelindung dari cahaya matahari dengan SPF24+++.

  • SPF24+++: memastikan kulit terhindar dari sinaran UVA & UVB matahari
  • Licorine: mencerah dan mnyeratakan warna kulit
  • Hyaluronic: untuk kelembapan 24 jam

Komen: Bau dia sedap macam aku pakai minyak wangi, aku suka pakai selepas solat. Losyen dia pun jenis tak melekit. Cepat menyerap, tapi seriusly lubang botol ni memang besar, pandai-pandailah nak guna supaya tak tersembur keluar semua. Dan aku sentiasa letak losyen ni dalam beg. Sebelum ni aku tak suka pakai losyen sebab macam melekit dan tak selesa. Tapi bukan dengan losyen ni. Aku bagi 4/5 bintang! 

Firm & Repair
Set ini aku tengok macam lebih sesuai kepada mak-mak kita sebab dia boleh mengembalikan keremajaan dan menyihatkan kulit!

  • Micro Collagen: menguat dan menganjalkan tisu badan, untuk keremajaan kulit
  • Swiss Edelweiss: melindungi kulit dari radikal bebas dan memperbaiki kulit rosak di malam hari
Triple Whitening
Kalau rasa nak kulit putih bersinar bolehlah try set ni. Nama pun pencerahan sampai 3 kali berganda kan. Bahan yang terkandung adalah:
  • Vitamin B3: dapat mengelakkan pigmentation dan memberhentikan pertumbuhan melanin yang menghitamkan warna kulit
  • Sakura: membantu menyeratakan warna kulit
  • Licorine: menghalang tumbuhnya pigmen gelap di kulit
 Light & Fresh
Lotion ni lebih kepada water-based dan cepat menyerap da memastikan kulit cerah, segar dan lembap! Bagus untuk kegunaan diluar sebab baunya yang fresh dan segar walaupun dalam cuaca panas.
  • Menghalang sinaran UV
  • Licorine: mengelakkan pigmen gelap
  • Poutulaca & Aloe Vera: melembapkan kulit

Marilah kita tengok perubahannya nanti..

6 comments:

  1. Hehehe, rajin buat review. Kalau kte, kte suka enchanteur ni sebab bau dia wangi sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kalau tgh rajin mmg suka buat review ni..hehe..

      Delete
  2. dulu pernah guna perfume echanteur..lepas tu xguna dah brand ni maybe disebabkan terlalu banyak produk yang ada keluar sekarang ni kan :) good review timm

    ReplyDelete
  3. talc powder nya pun wangi ...

    ReplyDelete
  4. saya dah guna banyak lotion dah.
    tapi x berape nak putih jugak..huhu
    skg ni guna vaseline je.

    ReplyDelete
  5. Good luck cik tim..harap-harap menjadi..he..he

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com