Monday, May 05, 2014

Gadis Hilang lagi..


Aku rasa macam dah lama tak dengar kes-kes orang hilang atau lari dari rumah. Tengah dok godek alam maya di Makmal Komputer ni, ada berita perempuan lari dari rumah..

KUALA LUMPUR: Dilanda murung dan tertekan, anak gadis berumur 24 tahun lari dari rumah sewaktu keluarga pulang ke kampung di Melaka pada 30 Mac yang lalu.

Kini sudah lebih sebulan Nur Farahin Mohd Razali menghilangkan diri.  Lari buat kali ketiga, menurut bapanya Mohd Razali Nasir. Keluarganya telah menggunakan pelbagai cara untuk menjejaki anak kedua dari empat beradik itu.

'Kami sudah guna pelbagai cara untuk cari anak kami. Kami harap sesiapa yang ada maklumat tolong bantu kami,' kata bapanya dengan muka yang agak kusut.

Razali berkata Nur Farahin atau nama panggilannya Angah berubah sikap sejak menamat pengajian di Kolej Islam Melaka, KUIM.

Lebih-lebih lagi apabila anaknya berkawan rapat dengan seorang lelaki yang sehingga kini tidak diketahui identitinya.

"Pulanglah Angah, abah dah maafkan Angah. Kita dah nak sambut Ramadhan tak lama lagi. Abah nak sangat kita sambut raya sekeluarga," rayu Bapa Farahin yang mengakui beliau sebelum ini agak tegas dan garang terhadap anaknya.

Ibunya Junaidah Ibrahim turut merayu agar anaknya pulang dengan segera.

"Mak risau sangat Angah, Angah keluar sehelai sepinggang. Tak bawak duit, IC semua. Dengarlah rintihan mak ini," kata ibunya dengan matanya yang bergenang.

Kata Junaidah, rumah pintu sentiasa terbuka untuk menerima anaknya itu pulang.

Kepada sesiapa yang ada maklumat, bolehlah hubungi:
 Mohd Razali Nasir
Tel: 010-5224278
Alamat: A-4-15 Pangsapuri Melor,Taman Bukit Kinrara Puchong, Selangor.

Atau
Astro AWANI
Tel: 03 20702520

Sumber dari: Astro AWANI

Agak-agaknya apalah punca nak lari dari rumah. Lagipun dari pandangan aku, umur 24 tahun dah dikira matang untuk memikirkan baik dan buruk segala tindakan yang kita buat. 
Semoga kakak ni dijumpai dengan selamat. Sekarang ni macam-macam kes yang terjadi kepada wanita.

Kepada wanita-wanita diluar sana, hati-hati tau!

11 comments:

  1. Hai Assalammualaikum Timm. :) sy dtg melawat ke blog awk. Cantik sgt blog awk!!! :D . sy suka .

    Terkejut baca entri awak pasal gadis hilang. Saya kenal budak ni. Satu Kuim dgn saya dahulu dan dia roomate my cousin. Pernah hantar dia pulang time cuti masa belajar dulu . Seorg yg dgt pendiam dan suka buat hal sendiri . Tak disangka sungguh.

    Tak disangka, bagus juga ada blog. Byk perkongsian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm cik alynn..timaseh..awk knal? Smoga akn dijumpai..huhu..itulah gunanya blog..utk brkongsi..

      Delete
    2. betui2 Tim :) ..jgn salah gunakan laman sosial .. hihi ..gunakan utk kebaikan :D

      Delete
  2. kebanyakkan yang lari tu sebab ikut dan percaya dengan teman lelaki..jangan la mudah percaya..huhu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum timm...cian nyer...;)

    ReplyDelete
  4. mmm, kalau pikir logik akal, xkan nk pergi mana mana x bawa ic.penting kot..
    risau takut kena kipnap atau buatan org je..
    smga beliau selamat la kan

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com