Tuesday, June 08, 2021

Sedapnya Mochi Durian dari Wall's!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hi semua!
Dah lama tak tengok youtube makan-makan atau mukbang. Antara mukbanger yang Cik Timm minat Shedot ASMR dari Malaysia dengan Dorothy dari Korea. Paling suka mukbanger korean sebab diorang makan sopan je. Mungkin sebab pakai chopstick kot nampak makan beradap dan tertib jer. 

Seronok tengok ada episod Shedot makan mochi, eh macam sedap pulak. Ronda-ronda cari barang di Tesco (eh, dah tukar nama LOTUS!). Jumpa ada mochi dari Wall's. Ada flavour durian dan strawberry. 


Wall's Mochi Durian 


Datang dalam paket kuning, dalam tu ada 4 ketul mochi. Saja beli perisa durian, macam teringin pulak nak rasa durian yang dah di'mochi'kan. Sedap! Satu rumah bau durian selepas gigit mochi tu. Selepas keluarkan dari fridge, biarkan dulu dekat luar, tunggu lama sikit baru lembut mochi tu. Selalu makan mochi dekat sushi memang dah lembut dah. 


Lepas ni nak cuba flavour strawberry pulak. Haritu beli rasa murah sikit dari harga tu sebab ada offer rasanya. Sentiasa membeli benda merapu untuk mengunyah kalau shopping barang runcit ni. Tambah kalau nak dekat period sentiasa nak makan manis-manis atau junk food. 


Ada penggemar mochi dekat sini? Bolehlah beli dekat Tesco kalau teringin. Dekat kedai sushi pun ada yang jual mochi. Kalau rajin pulak boleh buat sendiri. Tengok ramai juga yang share buat mochi sendiri. Macam senang tapi Cik Timm tak rajinlah nak buat sendiri sebab nak makan pun seketul dua je. Hehe..

12 comments:

  1. Nampak sedap laa..lama dh x makan mochi..SA suka gak...

    ReplyDelete
  2. Mochi ni kalau makan yg biasa pun sedap yg aiskrim pun sedap hehehe mkn puas2 sblm bersalin

    ReplyDelete
  3. Wah! Sedap ye...menggoda selera pulak ni.

    ReplyDelete
  4. Sedap tak moci ni . Ibarat makan buah melaka tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang tapi tak semanis buah melaka, plus lagi chewy2, haha!

      Delete
  5. Tak pernah try lagi mochi. nampak macam sedap mochi durian pulak. nnti boleh cari kat tesco

    ReplyDelete
  6. Akak tak mkn tp anak2 peberet depa la ni

    ReplyDelete
  7. Pernah makan mochi durian tuu. Sedapppppnyaaa 😋

    ReplyDelete
  8. Try mochi perisa strawberi pulak

    ReplyDelete
  9. Pernah cuba mochi pandan je. Durian tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  10. sedap ya? byk kali nmpk tp x penah beli hahahah

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com