Thursday, June 03, 2021

Diffuser Cantik dan Murah dari Shopee

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!


Cik Timm nak share satu diffuser yang murah je dekat Shopee. Beli gara-gara racun TT jugak tapi memang berguna juga sebab Cik Timm mengalami alahan mengandung yang agak teruk di awal kehamilan. Memang lega juga bila pasang diffuser dalam bilik, letak wangian yang menenangkan pulak, senang tidur dan rasa lebih tenang.

Diffuser


Setiap kali kita tonton K Drama selalu kita tengok dalam bilik diorang ada diffuser. Tambah pulak kalau dalam scene orang sakit. Ada je berkepul-kepul wap tepi katil. Lepas tu, makin ramai pulak orang kita guna diffuser jugak. 

Lama juga dok cari diffuser, kawan-kawan pakat dok suggest Young Living. Emm, tapi hargaya, out of budget. So memang dah reject awal-awal. Sorry ya. Kenapa kita perlu bayar lebih kalau boleh dapat yang sama fungsi tapi dalam harga yang rendah. Sorry tak condem sapa-sapa tau, Cik Timm bagi pendapat sendiri jer.

Diffuser Cantik dari Shopee

Tak silap Cik Timm, Cik Timm dapat cari diffuser ni dari Twitter rasanya. Memang puas hati sebab rekabentuk dia cantik, warna dia pun matching dengan perabot bilik. Dah macam satu set, memang grab terus. 

Shopee: hiqili.official

Remote Ultrasonic Air Humidifier Aroma Diffuser FREE 10ML Peppermint Aromatherapy Humidifier Ultrasonic 3-Pin Plug


Korang boleh copy je nama atas ni lepas tu cari di Shopee. Harga dia Cik Timm beli RM69.90 sahaja. Dapat diffuser, remote dan juga peppermint aromatherapy. Minyak dia ni Cik Timm titis sekali dekat mask waktu pi kerja sebab tak tahan dengan bau yang lain. Bau ni je yang kena dengan hidung masa tu. 

Diffuser ni boleh setting untuk guna selama sejam, 3 jam ataupun 6 jam. Asalkan letak air dia di paras yang betul. Saiz dia yang tak terlalu besar atau kecil sesuai letak dalam bilik. Boleh jadi hiasan lagi sebab corak kayu dia matching dengan perabot bilik.

Selepas Penggunaan Selama 6 Bulan

Masih ok lagi diffuser ni, tak ada rosak lagi. Berbaloi beli, kadang-kadang tak guna diffuser dia, guna lampu sahaja pun boleh. Cuaca sekarang ni panas betul. Bilik memang jadi terkepam dan panas. So, adanya diffuser ni sejuk sikit bilik sebab kalau nak guna aircond je selalu parah nak bayar bil. Tapi semenjak dah nak masuk 3rd trimester ni, Cik Timm selalu mengadu panas dekat husband. Panas dia memang tak boleh bincang, lepas mandi pun berpeluh. Akhirnya duduk je dalam bilik sebab sejuk sikit. 

Cik Timm check balik dekat Shopee, malangnya dah habis yang style Cik Timm beli ni. Tapi ada je diffuser lain yang lawa dekat shop ni. Korang korek je, macam-macam jenis ada! Happy Shopping korang!

16 comments:

  1. Cantik-cantik diffuser tu ya...

    ReplyDelete
  2. Betul tu, Young Living punya memang harga cekik leher. Tapi saya dah terbeli heheheeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beli xpe kak. guna jer..diffuser ni function dia sama jer..hihi..

      Delete
  3. cantiknya harga pun okay.. nak usha gak lah nanti haha

    ReplyDelete
  4. dalam bilik kita ada jugak tapi yang kecik jelah haha

    ReplyDelete
  5. Skrg kan guna LY tu tp mahal sgt lah. Rasa mcm xberbaloi sbb lps ada anak lg byk duit nk pakai

    ReplyDelete
  6. Cantik!! Murah pulak tuuu 😍

    ReplyDelete
  7. bahaya ni! rambang mata sy dibuatnya hehehehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com