Tuesday, May 12, 2015

Day 1: Ke Melakakah Kita?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
2 Mei 2014
Aku masih bekerja pada hari Sabtu sebab tak cukup staff. Sangatlah penat dengan customer yang langsung tak berhenti masuk. Paling geram, semua pakat-pakat nak minum blended. Aduhai, nak tercabut tangan..
Mana tidaknya orang semua pakat-pakat cuti 3 hari berturut-turut, bermula dari 1 Mei, Hari Pekerja sampailah lusa, 3 Mei, Hari Wesak. Mestilah banyak kenduri kan. Minta maaf kepada kawan-kawan yang melangsungkan kenduri kahwin dan aku tak dapat datang. Minta maaf sesangat!
Aku tak rehat pun kerja hari tu sebab nak balik awal. Kang tak pepasal tak boleh balik awal, Melaka ke mana, aku ke mana. Dah la tiket RM55. Dalam pukul 8:30pm aku dah betolak balik. Kenderaan pun tak sibuk dan tak banyak pun. Cepat sampai ke rumah, mandi, packing sikit-sikit barang yang tinggal. Dalam hati nervous sebab tak pernah naik bas express jejauh ke Melaka. Huwa!!
9:30pm kakak Ina dah hantar aku ke Stesen Bas Kulim. 
Punya tunggu semua penumpang datang, dalam 10:45pm baru bertolak. Sepatutnya pukul 10pm. Paling kelakar masa aku nak cari seat sendiri, pelik sebab 11 12, belakangnya 14 15. Oih, mana seat aku ni sebenarnya. Rupanya..seat 13 aku tu single. Teruknya aku..hampeh -__-"
 Punya mengantuk, tapi susah nak tidur. Dalam pukul 11:45pm bas berhenti ke Stesyen Bas Butterworth, sejam kemudiannya sampai di Stesyen Bas Parit Buntar. Selepas tu, aku dah lena dibuai mimpi sampai bas berhenti berehat sekejap di mana tah. Aku pun blur-blur, turun sekejap sebab nak cari topup. Satu kedai pun tak jual. Hu..

Aku terus terlena selena lenanya sampailah bas sampai ke Melaka Sentral, dan semua orang turun dan aku still lagi tertidur!

7 comments:

  1. aman duduk sorang2 kan. hahaha.. kalau naik bas, saya prefer macam tu. bila nak balik bercuti ni cik timm?

    ReplyDelete
  2. wahhh kenapa x ajak sy sekali? ;-)

    ReplyDelete
  3. nasib baik tak tertinggal dalam bas..huhu

    ReplyDelete
  4. confirm sakit kaki ... selalunya klu single mmg dapat seat single .

    ReplyDelete
  5. naik bas syiokk dok single seat. snng
    skrg ni ciksu suka naik bas double decker kalau blk kedah. bg rania selesa. ciksu pon suka.hihi

    prgi melaka ke mana tu.cepat update

    ReplyDelete
  6. tido dalam bas x selesa...kalau dh mengantuk pejam je lah yek

    ReplyDelete
  7. kite kalau naik bas, mana kosong redah je. haha. tapi kite biasa beli tiket duduk seat depan. senang nak turun hehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com