Saturday, January 31, 2015

CPUV Nuffnang 58 --> 62 (Januari)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Disebabkan kekangan masa, Nuffnang akan diupdate sebulan sekali je ye. Betapa pemalasnya nak up entry. Kekadang balik kerja, tengok je cik lappy dari jauh. Sangatlah malas. Diharap Nuffnang tidaklah malas macam aku. 
 
Tengok earning adalah naik sikit walaupun tak banyak. Sikit-sikit menjadi bukit. Kiranya macam menabung zaman sekolah rendah la kan. Dah naik zaman dewasa, nak menabung pun pemalas. Aparaa..
 
Pi mai, pi mai, esok dah masuk bulan Februari. Tiba-tiba terfikir azam tahun 2015. Alhamdulillah sudah pun terlaksana, iaitu;
  •  Membayar PTPTipu PTPTN 
     
    Azam seterusnya adalah mendapatkan kerja full-time yang lebih baik sikit belum tercapai. Pelan-pelanlah kan. Kekadang meluat dengan kerenah dan pandangan custumer yang pandang aku macam budak sekolah yang tak habis belajar. Kekadang tak padan dengan student yang makan pun guna PTPTN, makan tempat mahal sikit dah berlagak diva. Wau, nak makan kaki ke? 
     
    Lagi satu, custumer memanglah Always Right sesangat kan. Tapi tak reti membaca ke, restoran tutup pukul 10. Jadi, tak kanlah awak tu nak melepak sampai pukul 10. Ingat segala pinggan mangkuk awak tu boleh berjalan masuk dapur dan cuci sendiri ke? Dah tak reti nak balik ke? Setiap kali nak closing, itulah dilema setiap hari. Ya Allah, sabarkanlah hati kecilku untuk sentiasa dilindungi oleh perasaan sabar ini..
p/s: Zaman bekerja memang berbeza dengan zaman belajar..tanggungjawab adalah dibahu sendiri..

7 comments:

  1. tahniah ... sabar je lah dgn kerenah pelanggan ... mmg ramai manusia yg suka pandang org sebelah mata terutama remaja yg baru nak belajar tgk dunia ... ermmm

    ReplyDelete
  2. sorry lama tak singgah. berderet2. tahniah tim! ^^

    betul tu, dunia kerja lain sangat. serious rindu nak belajaq balik pulak. huhu

    ReplyDelete
  3. makin banyak iklan melekat..sampai RM500 baru la cashout eh..hehe

    ReplyDelete
  4. Kerenah manusia nie pelbagai kaan... Tahniah yer dapat banyak CPUV ^-^

    ReplyDelete
  5. banyaknyaaaa.. bak mai sikit.. akak nye cpuv sayup2 aje tau..

    ReplyDelete
  6. kena bayar bersabar dengan kerenah pelanggan ni walaupun menyakitkan jiwa

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com