Thursday, December 26, 2013

My 10 Review in 2013 (Facebook) - PART 2


Kali ni nak sambung cerita dari PART 1 punya di [sini].

 
11. Waktu ni lama keluarga aku tak ada kenduri kahwin. Ni kenduri kahwin anak sepupu. Kiranya anak saudara aka anak menakan aku lanie. Beruntungkah aku jadi mak saudara yang muda. Hehehe. Paling tak boleh blah aku ambil berkat tolong pegang baju pengantin*over-excited sangat. Tapi siapakah jejaka sebelah aku tu? Meh nak perkenalkan, nilah pakwe aka abang kandung sebenarnya. Walaupun muka lain, tapi kalau tenung lama-lama nampak ada sama kat hidung jambu tu*ramai cakap adik beradik aku sama fesyen hidung T_T

 
12. Cerita ni pun sama macam kat atas jugak. Cantik kan pelamin merah + putih. Baju aku hari tu disponsor oleh Kak Yu aku. Untung jadi anak bongsu kan, semua baju yang tak muat, semua kasi aku. Tak kisahlah barang second-hand ke, third-hand ke hidup ni tak perlu membazir kan. Tambah-tambah zaman sekarang, semua benda naik. Untuk student macam aku tak rasa lagi hidup di luaq macamana kan. Tapi, bila aku pertama kali duduk menyewa di luar, aku punya pandangan agak luas dan mesti berdikari 100%. Alhamdulillah, dah masuk 4 bulan aku hidup di rumah flat Desa Ilmu ni..

 
13. Cak! Ni binatang peliharaan terbaru aku. Sebenarnya ni hamster kawan yang dah graduate. Dia suruh tinggalkan je dekat Pet Shop tu. Tapi, rasa macam kesian pulak. Sangkaq semua dah ada. Cuma nak bela je. Mula-mula bela, memang garang nauzubillah budak ni sampai berdarah jari kawan kena gigit. Waktu ni dah fikir dia dah pregnant sebab simptom macam tu. Lama sikit bela, dia dah ok. Agaknya garang sebab bau lain kot, sebab tak kenal. Dah mula sayang, panggil la budak ni 'Gumuk'. Siap beli sangkar baru sebab sangkar lama kecik sangat dengan badan dia yang makin membesaq. 

 
14. Transformasi untuk jadi 100% girlish. Macam kelakar di sambutan hari jadi aku yang ke-22. Sanggup aku tak join Malam Penutup MSK semata-mata nak join surprise classmate. Malam tu, sambut birthday untuk 3 orang sekali, Raihanah, Farahin & aku. Pehh, dah 22 tahun. Kalaulah zaman dulu-dulu, dah masuk usia ni kalau belum kahwin, confirm dah dikelaskan dalam golongan 'Andartu'. Zaman sekarang dah banyak berubah, usia macam aku ni macam budak-budak lagi*untuk aku ja kot. Age is just a number. Betul tak? Badan pun cekeding, memang tak nampak umur tu berapa. Paling kelakar masa raya boleh pulak orang tanya, aku ni dah habis sekolah ke belum??

 
15. Sedih sangat tengok gambar ni. Sam aka tupai terbang liar yang abang aku jumpa tersesat dalam rumah di [sini]. Mula-mula takut sebab geli dengan jari dia. Macam tikus sebab binatang jenis melata kan. Aku balik kampung, selalu main dengan dia. Manja truih, pantang orang lalu tepi sangkar, nak minta buah je. Nak makan buah pun demand. Tak main lar kalau buah tempatan, suka sangat dengan epal, pear & kuaci. Abang cakap bau dia busuk, aku lain pulak, aku rasa bau dia wangi sangat. Kadang-kadang kalau aku rajin, bagi mandi. Paling comel sebab dia suka duduk dalam kantung. Dia suka sangat melata dekat badan. Tapi, geli lar dengan tangan comel dia. Sekarang tinggal kenangan ja Sam sebab dah mati. Harap-harap 1 hari nanti, tupai ni sesat sekali lagi dalam rumah sebab aku rindu sangat dengan Sam, disebabkan Sam aku bela Gumuk. Gumuklah pengganti Sam. Tapi tetap tak sama.. T_T ..

 
16. Status ni sangat hangit kot. Biasalah kalau orang single buat status macam ni memang kontroversi kan*perasan sangat! Setiap orang mesti ada 'crush' atau orang yang kita suka, betul tak? Samalah, aku pun manusia jugak, mestilah ada hati dan perasaan. Orang ni berjaya buat aku sebak kalau nama dia disebut. Gatai sungguh kan, tapi lepas dia bagitau satu ayat yang sangat menyentapkan aku, ayat tu kiranya memang aku ni bukan calon dia pun. Terus aku...tet...tak pelah. Tak ada jodohlah tu..*malunya mengaku di sini. Apa nak kisah, hidup mesti mau happy. Walaupun kita tau kita tak mampu bahagiakan dia. Kita doakan ja supaya dia bertemu orang yang boleh bahagiakan dia. I'allah, hidup kita pun aman, tenteram & penuh berkat. Wallahualam..

 
17. Orang balik cuti time cuti semester, aku balik lepas cuti semester. Nasib baik exam semua dah habis. Yeke dah habis? Bayangkan hari aku nak balik tu, pagi ada mid-semester exam Statistics, ada kelas, tengahari balik selesaikan urusan rumah sebab paip sinki tersumbat, baju pulak baru nak kemas, kalut bersiap nak ke airport pulak. Seriusly sangat penat! Rasa lega sangat bila dah sampai semenanjung. Macam dah lama sangat balik sedangkan baru beberapa bulan ja. Balik rumah, mulut terlopong sebab rumah dah lain. Decoration dengan dapur dicat baru, tikar baru, biasalah, nak kenduri kahwin di [sini]. Anak-anak saudara, anak kakak sulung dah sampai rumah dah. Rasa macam suasana raya pulak..

 
18. Hari yang dinantikan Kak Yu aku, akad nikah di [sini], [sini] & [sini]. Alhamdulillah, semuanya selamat. Kakak aku dinikahkan oleh abang aku sendiri. Aku pun nanti nak macam tu jugak la, rasa lebih bermakna sikit*cewah! Gatai!. Tahniah for you my sis. Lama tak ada kenduri kahwin tau. Actually bila kakak dah rapat sangat dengan kita, bila dia dah jadi isteri orang, akan ada satu perasaan tau. Perasaan jealous. Hahaha! Rasa macam kakak kita kena rampas pulak. But, it's okay. Alhamdulillah, dah dapat terima & happy sangat! Tak sabaq nak balik kampung this Januari sebab nak jumpa dia. Hari tu, tak sempat sangat nak spend time sebab busy.

 
19. Ha! Time ni best owh, balik dari semenanjung dah enjoy pi konsert pulak. Ehem-ehem, Konsert Kembara Sufi, konsert bermanfaat yang mengajak kita berzikir, persembahan nasyid dan yang penting ada artis jemputan Hafiz Hamidun! Alhamdulillah, konsert yang sangat memuaskan dan best. Selain dari kita berhibur, ada jugak selitan zikir yang selalu kita lupa sedangkan senang sangat untuk buat dan free-free dapat pahala. Siapa tak nak kan? Kadang-kadang study 24 hours dan cemerlang dalam dunia pun tak cukup kalau tiada makanan untuk rohani kita.

 20. Kelas terakhir iaitu Introduction to Biotechnology untuk semester ni. Ada presentation kurang dari 5 minit, alhamdulilllah dalam masa sehari berjaya siapkan video. Petang ada aktiviti santai untuk luangkan masa bersama classmate iaitu bowling di [sini]. Aku rasa ikatan persahabatan antara classmate aka coursemate makin rapat sebab kami bersama-sama untuk menghabiskan sisa-sisa belajar di sini. Senang cerita kami sentiasa tak sunyi sebab masing-masing tolong support sesama sendiri. Rasa bertuah sangat dapat course ni + bersahabat dengan kawan-kawan yang sangat baik! Alhamdulillah, semoga persahabatn kita berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kering idea + bermacam-macam posisi aku semata-mata nak habiskan entry ni. Aku rasa entry macam ni lebih bermakna sebab aku mula teringat balik semua kenangan tahun 2013. Tak sangka dalam masa setahun ni, macam-macam peristiwa yang aku dah hadapi. Alhamdulillah, kalau panjang umur, sempatlah aku sampai ke tahun 2014..

p/s: Happy Birthday to my brother aka Bang Cik yang ke-29 (orangnya yang dalam gambaq kat atas tu..)
Tunggu ya, balik nanti maksu belanja okeh!

3 comments:

  1. Sukalahh baca No 13 & 15 . Comel jekk ^^

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru.
    rasa mcm dh komen entry ni... tak lekat la tu. hihi

    ReplyDelete
  3. @nizam: msti ske pet kan..
    @qasehnyarania: slmt taun bru ciksu!

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com